Assalamualaikum and Hi all...
Ada yang pm saya di FB saya, cakap dalam blog saya cuma ada resepi untuk 6mo, 8mo, 10mo and 1yo. Untuk 7mo tak ada resepi ke? Bukan tak ada, cuma untuk saya makanan 7mo biasa saje macam makanan 6mo, cuma yang bezanya, 7mo dah boleh introduce bijirin macam nasi, oat, barley. Buahan dan sayuran kebanyakkan sama saja macam 6mo.
7mo masih makan puree, cuma kita boleh campurkan puree dalam bubur nasi, oat ataupun barley tu. Ataupun kita boleh campur 2-3jenis puree, nak bagi baby rasa pelbagai rasa. 6-7mo ni adalah masa yang senang untuk kita, sebab tak perlu masak banyak-banyak dan -susah, cuma buatkan stok puree buahan atau sayuran yang anak dah pass 4 days rule, dan masak bubur. Masak bubur paling senang, kalau ada slow cooker boleh guna slow cooker. Sebelum tido, masak, esok pagi bangun, bubur dah kembang cantik. Kalau betul sukatan air, tak perlu nak blend pun bubur nasi tu or oat tu. Barley mungkin masih perlu blend. Kemudian just masukkan puree yang kita buat frozen tu. nanti bubur yang panas tu akan cairkan puree tu.
Enjoy la masa yang macam ni, sebab nanti dah masuk 8mo, macam macam yang kita rasa nak masak and it will take some time dari buat puree and bubur hehehe... Anyway, happy cooking, semoga apa yang kita buat ni, menjadi ibadat dan pahala buat kita dan membentuk anak-anak yang baik.
Showing posts with label 7 months. Show all posts
Showing posts with label 7 months. Show all posts
Friday, September 6, 2013
Thursday, June 13, 2013
Bananacado
Banana + Avocado = Bananacado. Very yummy indeed. Ni kalau my DS makan ni boleh habis 2 mangkuk. Nak buat pun senang saje. Tak perlu masak-masak bagai. You need 1 ripe banana (tak kisah pisang jenis apa pun, cuma kalau pisang kecik kontot macam pisang mas guna la lebih dari 1) and 1 ripe avocado. Macam mana kita nak tau avocado tu ripe? Ripe avocado, kulit dia warna cokelat, bukan hijau ye, hijau tu maksudnya belum masak. Kemudian bila kita pegang, dia macam lembut bukan keras. Kalau dah terbeli yang belum masak, kita boleh peram dulu. Senang je masukkan dalam paperbag ala yang macam McD punya tu then biarkan beberapa hari sehingga masak. Or boleh masukkan dalam peti ais.
potong buah and just lenyek or blendkan
Tadaaa dah siap. Walaupun colour tak berapa nak cantik, tapi rasanya memang sedap!
My DS yang tak sabar nak makan :)
ps: Bananacado ni tak sesuai untuk dijadikan stock sebab dua dua buah ni cepat oxidized. Nanti warna dia jadi lagi gelap and tak cantik.
Subscribe to:
Posts (Atom)


