Showing posts with label 6 months. Show all posts
Showing posts with label 6 months. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Bananacado

Banana + Avocado = Bananacado. Very yummy indeed. Ni kalau my DS makan ni boleh habis 2 mangkuk. Nak buat pun senang saje. Tak perlu masak-masak bagai. You need 1 ripe banana (tak kisah pisang jenis apa pun, cuma kalau pisang kecik kontot macam pisang mas guna la lebih dari 1) and 1 ripe avocado. Macam mana kita nak tau avocado tu ripe? Ripe avocado, kulit dia warna cokelat, bukan hijau ye, hijau tu maksudnya belum masak. Kemudian bila kita pegang, dia macam lembut bukan keras. Kalau dah terbeli yang belum masak, kita boleh peram dulu. Senang je masukkan dalam paperbag ala yang macam McD punya tu then biarkan beberapa hari sehingga masak. Or boleh masukkan dalam peti ais.



potong buah and just lenyek or blendkan



Tadaaa dah siap. Walaupun colour tak berapa nak cantik, tapi rasanya memang sedap!



My DS yang tak sabar nak makan :)


ps: Bananacado ni tak sesuai untuk dijadikan stock sebab dua dua buah ni cepat oxidized. Nanti warna dia jadi lagi gelap and tak cantik.

All About Puree

How to make your own fruit or vegetable puree.

Puree adalah makan pertama baby yang senang disediakan You can do it in batches and freeze them for future use. For me I prefer to do it on daily basis. Buat hari hari sebab nak bagi fresh.. 

1. Tentukan buah atau sayur yang ingin di puree. Sini saya pilih Apple. Apple yang sedap dijadikan pur
ee adalah Fuji Apple. 


2. Basuh bersih apple, boleh juga rendamkan apple dalam air yang bercampur apple cider vinegar untuk 5 minit. Then kupas kulit apple and potong ikut suka dan masukkan dalam bekas untuk di steam.




3. Steam for 5 minutes or until the apple is soft.

4. Lenyek apple guna sieve or you can use your blender to blend all the apples.

5. Siap dihidangkan. Kalau buat banyak boleh simpan dalam storage pilihan.



Feeding the 6 month young babies :D

Contoh Buah/Sayur yang Sesuai dengan untuk 6bulan :
* Apple
* Pear
* Avocado
* Peas (frozen not canned)
* Bananas (ripe bananas lawas-kulit ada bintik2 hitam, bananas yang tak ripe sangat boleh jadi sembelit-kulit yang warna kuning saje)
* Snap Peas, Sugar@sweet snap peas
* Butternut Squash (sedap dari pumpkin, tapi susah nak cari and kalau jumpa a bit expensive
* Sweet potato (tak kisah yang mana2, tapi yang paling sedap so far yang Japanese Sweet Potato, Kalau takut kembung, letak hirisan halia.
* Zuchinni (yellow or green tak kisah mana)
* Kacang buncis
* Apricot (fresh and dried, kalau yang dried cari yang colour hitam, sbb yang hitam tu takde added sulfur)
* Peach

Cara-cara untuk buat Puree
Untuk buah and sayur yang keras, steamkan dulu dalam 5-6mins.. max 10mins. then blendkan, letak air sikit. Ada yang tak perlu letak air. Untuk lagi gebu, After blend tapis guna sieve yang paling halus. Blend and tapis ni untuk memudahkan perut baby untuk hadam makanan.

Untuk buah lembut, just blendkan or lenyek guna sieve. Selalunya buat sebelum nak makan, buah lembut ni cepat oxidized.


Food chart mengikut umur. Kredit to HSSFYB, wholesomebaby food and Solid Food For Your Baby.

FAQ for feeding my baby

Basic Questions and Answers

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru


2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.


3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan


5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.


6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.


kredit to hsffyb. https://www.facebook.com/HSFFYB