Showing posts with label 8 months. Show all posts
Showing posts with label 8 months. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Bekal Mirza (Nasi Lemak and Udang Goreng)

Nasi Lemak baby version (suitable for 8mo and above)




Bahan-Bahan
Beras (saya guna organic cambodian brown rice)
Santan
Bawang merah seulas - hiris halus
Bawang putih seulas - hiris halus
Halia 1/2inci (saya suka guna halia muda sebab wangi)
Halba 3-4biji
Daun Pandan (saya tak letak sbb takde)
Air
Santan

Cara-cara
1) Basuh beras bersih-bersih.
2) Masukkan semua bahan. 
3) Masak macam biasa.

ps: Saya tak letak sukatan sebab masing-masing anak ada preference masing-masing kan. ada anak nak nasi lembik, ada anak makan nasi keras. Kemudian ada yang guna beras putih, ada yang guna mixed grain. So pandai pandai kita alter. Dalam masakan ni saya guna 1/4cup beras, air 1 cup dan santan dalam 1/4cup jugak kot.



Udang Goreng Bersayur (suitable for 1yo and above)

Bahan-bahan
Udang
Cauliflower
Broccoli
Carrot

Snap Peas
Bawang merah seulas - hiris halus
Bawang putih seulas - hiris halus
Halia 1/2 inci - hiris halus
Celery - hiris halus
Virgin Coconut Oil

Cara-cara
1) Panaskan minyak (vco), tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan celery sampai wangi.
2) Masukkan sayur, goreng sampai sayur nak empuk, then masukkan udang. Goreng sampai masak.

ps: nak goreng dengan unsalted butter boleh, dengan minyak biasa pun boleh.

Saturday, August 31, 2013

Easy 2 ingredients Pancake

Good Morning and Asssalamualaikum. Semua dah sarapan? Mesti kita yang ibu ibu ni bila bangun je dah mula fikir nak masak apa kan untuk breakfast. Paling senang beli or makan kat luar je. Tapi kadang-kadang bosan jugak kan. so today I would like to share a very simple recipe. Guna dua bahan yang senang kita jumpa.Gluten free.


2 Ingredients Pancake (suitable for 8mo and above yang dah pass egg test)





Bahan Bahan
Pisang (kalau guna cavendish or pisang yang bersize besar, 1 pun dah cukup. kalau guna pisang mas, guna dalam 3-4 biji)
1 biji telur
kalau guna 2 bijik pisang macam ni, nanti mixture cair, so better guna 4-5biji


Cara-cara
1. Lenyekkan pisang.
2. Masukkan telur dalam pisang yang dah mashed. Kacau sampai berbuih.
3. Masak macam masak pancake or lempeng. (saya tak guna minyak sbb guna nonstick pan, kalau tak boleh lenser sikit minyak kat kuali. jangan banyak-banyak)
4. Tadaa siap dihidangkan.. boleh letak butter or honey.. makan saje pun sedap






ps: boleh jugak, tambah grated cheese, kismis or kurma yang dipotong halus...

Saturday, June 29, 2013

Mac and Cheese.

Anak ada masalah kurang berat badan? Boleh cuba menu ni untuk tambahkan berat anak. Kalau tak ada masalah berat badan pun, ok saje makan mac and cheese ni,

Macaroni and cheese with pumpkin. (Suitable for 8mo and above)
1/4 cup Macaroni (rebus sampai kembang)
1/4 cup Cheese (grated cheddar or any other cheese)
1/4 cup Grated pumpkin (kalau guna butternut squash lagi sedap)
Unsalted  butter
1/2 tablespoon tepung gandum (saya guna unbleached flour)
Formula milk or fresh milk (1tahun ke atas)

Panaskan periuk dan masukkan unsalted butter, tunggu sampai cair but jangan biarkan, nanti hangit, then masukkan tepung kacau-kacau sampai pekat. Then masukkan susu kacau-kacau sampai pekat then masukkan labu, sentiasa kacau then last sekali masukkan cheese, kacau sampai semua cheese melted, last sekali gaulkan macaroni dalam mixture tersebut.

Ps: boleh tambah sayur ikut pilihan.

Homemade Teething Rusk

Assalamualaikum and Hi dearie readers. Weekend saje la masa for me untuk upload post-post dalam blog ni, ampun jikalau rasa bosan tengok satu hari upload banyak-banyak post. Mungkin lepas UPSR nanti, free la sikit saya untuk buat post :) UPSR is less than 100 days, actually less dah 80days dah..uishh takutnya (cikgu je yang takut, anak murid sikit pon tak heran). and Mirza is teething again, gigi number 9. Bila time teething, Mirza will bite almost on everything including me. So untuk kurangkan rasa gatal gusi tu, I will bake some teething rusk for him. Easy homemade teething rusk



Teething Rusk (suitable for 8mo and above)

Roti (digelek)
Unsalted Butter
Kurma or Kismis Puree or any sweet puree
Roti buang kulit, then gelek guna rolling pin, kalau tak ada rolling pin, guna botol air boleh, gelas boleh. Asalkan bersih dan boleh menggelek. Kalau ada cookie cutter, boleh guna cookie cutter untuk terap pattern yang comel comel. Kalau tak. guna cara biasa je, potong or gulung. 


Bila roti dah leper, sapu unsalted butter, then sapu puree yang manis. Bakar dalam oven 180c untuk 30mins. Boleh di simpan untuk 3-4hari.




Sebelum masuk oven


Selepas masuk oven :)



Aksi budak gatal gusi.. makan sendiri (baby led weaning)



Thursday, June 20, 2013

Mee Suah with Homemade Chicken Ball with Pumpkim

Hari ni sekolah di sekitar Pasir Gudang di cutikan sebab IPU dah cecah 300+ since petang semalam. Teruk sungguh jerebu tahun ni, duduk dalam rumah pun boleh rasa pedih-pedih hidung. IPU for Pasir Gudang 11am tadi dah 323, tak ada tunjuk macam nak turun pun bacaan tu.. Semoga Allah turunkan hujan rahmat untuk bagi kurang jerebu ni. 

Disebabkan mak bercuti ganti hari ni. so lunch Mirza, rajin la sikit masa lain dari bubur or nasi lembik. Lagipun Mirza macam tak berapa ada selera nak makan nasi lembik sekarang. So today, I try to cook Mee Suah dengan chicken ball khas untuk anak kesayangan Mummy and Abi.



Chicken Ball with Pumpkin (Suitable for 8-10mo and above)

1/4 cup Isi Ayam (saya guna dada ayam organic)
3-4 Bawang merah or kalau guna bawang besar or holland guna separuh je
1/4 cup labu
1 tablespoon of tepung (saya guna unbleached plain flour)

Masukkan isi ayam,bawang and labu dalam food processor ataupun blender. Blendkan sampai halus, then masukkan tepung, blend lagi sekali sampai semua sebati. Bentukkan bulat-bulat dan masukkan dalam air or sup yang mendidih. Chicken ball akan timbul bila dah masak.

Mee Suah

1 gulung Mee Suah
1 ulas bawang merah, bawang putih dan halia (saya suka guna halia muda)
6oz of chicken stock (ikut suka)
Cauliflower, Broccoli, Zuchinni and Carrot (sayur pun ikut pilihan masing masing)
air secukupnya.

Masukkan bebawang, halia, sayuran dalam periuk dan tuangkan chicken stock dan tambah air secukupnya. Then rebus sampai sayur empuk and mendidih, masukkan chicken ball, tunggu sampai chicken ball timbul then masukkan mee suah, masak sampai kembang. 

ps: saya tak tumis kali ni, kalau nak tumis boleh jugak.

contoh gambar mee suah - ada tanda halal


Breakfast for Dinner

Ada certain time Mirza akan dilanda food strike. Bila masa food strike ni, dia akan jadi sangat la cerewet dan picky untuk makan. Walaupun masak makanan yang dia suka, Mirza tak akan  makan dan sanggup minum susu saje. The last food strike, Mirza tak mau langsung makan bubur, he will eat bread and fruits all day long. So itu la jadikan breakfast for dinner :)




Eggy Toast (suitable for 8mo and above and for babies yang dah pass test telur)

Roti (saya guna homemade bread - PM me if you are interested to buy bread maker)
Telur 1 biji 
Cheese - grated.
Unsalted butter (buat goreng) - tapi kadang-kadang saya tak guna.

Roti di potong ikut kesesuaian, then celup dalam telur yang dah dipukul. Lepas tu golek-golekkan dekat grated cheese, then goreng. Siap :)


Senang and simple kan...

Monday, June 17, 2013

Penambah Berat dan Penyedap Rasa

Assalamualaikum and Hi, dah malam baru sempat nak buat satu post, Monday is a very tiring day for me, full 7 period then ada extra class, then hari ni ada lawatan ke stokis tupperware pulak he he he (sapa nak order tupperware, you can pm me, harga yang menarik) so balik memang dah melepet, masak pun masak, apa pun malas.. hari Isnin memang hari malas he he he

One of my ex-coursemate (teslian) pm me dekat facebook. She was asking for some suggestions untuk menaikkan berat handsome boy dia Zayyan. Mak dah pm-pm dengan dia, and I thought, why not I share it here too..

Okay, ni adalah contoh bahan-bahan tambahan yang boleh buat berat anak kesayangan kita naik. 




1. Extra Virgin Olive Oil - saya guna Palestine Extra Virgin Olive Oil. (Extra Virgin guna untuk renjis atas makanan)

2. Minyak Sapi. So far yang paling sedap saya rasa brand QBB ni la. (Saya pemakan minyak sapi dari kecik -minyak sapi nasik panas panas kicap..no wonder mak gemok!) - guna untuk tumis

3. Olive oil - Minyak ni mak guna untuk goreng but not deep fry. Deep fry guna la minyak sawit bukan minyak sayuran.

4. Unsalted Butter - buat tumis, buat sapu atas butter, buat letak dalam mash potato. Ada banyak brand, and kebanyakkan ada tanda halal overseas/




Cheese. boleh guna untuk tambah berat jugak, but not as much as minyak2 yang disebut di atas. 

1. Cheddar Cheese (brand Bega- sebab paling rendam sodium, ingat baby tak perlu banyak-banyak sodium) boleh didapati dalam bentuk block macam ni or grated. Slice cheese is not suitable for babies sebab high in sodium.)

2. Cream Cheese. Brand Tatura, ni pon antara yang paling rendah sodium, but not as low as cheddar la, but still permissible untuk anak anak kita. Cream guna dalam baking or buat sapu atas roti pon sedap.

3. Yogurt (Full Fat Natural Yogurt - tanpa perisa, sebab yang beperisa selalunya ada tambahan artificial flavoring, tak elok untuk anak. Ini bukan untuk naik berat but dah dalam gambar ada kan, so I just explain. Boleh guna untuk makan dengan buah, sedap jugak and yogurt ada probiotics elok untuk anak,

Saturday, June 15, 2013

Easy Bread Pudding

Bila time untuk masak breakfast, saya garu kepala nak masak breakfast apa untuk my DS. Kalau untuk Mummy and Abi senang saje hehe.. untuk si kecil yang agak cerewet ni, fikir sepuluh juta kali nak masak apa la yang bersesuaian dengan mood dia.. Fikir punya fikir, godek-godek barang kat dapur, ini laa hasilnyaa..







Easy Bread Pudding (suitable for 8mo if dah pass telur dan guna susu ibu atau susu formula) (suitable for 1year and above if dah pass telur dan fresh milk)


1-2 slice of bread (saya guna roti sendiri) - potong dadu besar or koyak2
1 egg ( kalau tak pass egg test tak letak pon takpe)
Fresh milk secukupnya (untuk bawah 1tahun, sila guna formula milk ataupun susu ibu) - I think I use around 1 cup lebih sikit
Kismis or Kurma (optional)
Banana (optional)


Preheat oven to 180c. Masukkan susu dalam mangkuk, then pecahkan telur. Kacau sebati, Masukkan kismis or kurma or banana (saya tak letak dalam ni sebab takde stock) then masukkan roti. Kacau sebati.Then masukkan adunan ke dalam ramekin or bekas untuk dibakar. Bakar 180c untuk 30mins. 


ps: nak letak parutan cheese pun boleh sebelum di bakar. Kadang-kadang saya letak sikit unsalted butter atas adunan then parutan cheese then bakar.

Friday, June 14, 2013

Chicken Stock

Today in real life mak terajin sikit walaupun kurang sihat. Untuk bagi sihat sejahtera kembali, I decided to rebus some chicken for chicken stock..Ok mari kita tengok apa kah bahan bahan yang diperlukan.

Homemade Chicken Stock -- Suitable for 8mo, kalau ada letak sup bunjut or 4 sekawan 10mo

1 or 2 chicken carcass (rangka ayam). Saya guna organic chicken, nak guna ayam kampung pon boleh. Ikut preference masing masing. 

2 carrots (besar) potong besar besar

2 batang leeks - potong besar besar

3-4 batang celery - potong besar besar 

Bawang besar or Bawang Holland 1-2 biji - potong baji

Halia (I like to use halia muda) - potong besar

Bawang putih - tumbuk sikit

Air untuk rebus.



Cara-cara

Masukkan semua bahan dalam periuk besar or stock pot. Masukkan air, selalunya saya guna dalam 3litre air. Rebus semua. Mula-mula guna api kuat, bila dah didih kali pertama, slow kan api jadi api perlahan. biarkan reneh sampai 4 jam paling kurang or sampai isi ayam luruh dari tulang temulang hehe. Kalau before 4 jam air dah tinggal sikit, tambahkan air lagi. Kalau dah 4 jam, air macam dah kurang biarkan. The stock is ready to be use or frozen.





ps: if suka boleh letak kaki ayam. Kaki ayam banyak natural collagen tau, so tak perlu la beli collagen buatan bagai tu heheh.. Jangan marahh..Mak tak letak sebab tak makan..Rugi kan makk...

Info chicken stock :

Chicken stock ni sesuai buat bila anak or orang tersayang tengah sakit. It can help to build the immune for the body. Bila sakit, selalunya bakteria or virus akan menyerang protein, so we need to build up the protein in our body untuk bagi banyak so boleh lawan bakteria jahat itu. Lagipun bila dah rebus semua lama2, semua vitamin dari sayur and bebawang bagai tu dah serap masuk dalam sup, so bila anak tak sihat, kita bagi sup ni  pon dah ok walaupun hanya hirup kuah sebab semua vitamin dah ada dalam kuah.. Paham tak apa yang mak cuba cakap ni...

Chicken stock ni boleh guna untuk buat nasi ayam, based untuk sup, based utk buat kuah pasta ke, bihun ke, mee suah ke.. apa apa saja ikut creativity masing-masing