Showing posts with label 10 months. Show all posts
Showing posts with label 10 months. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Fish Fingers

Assalamualaikum and Hi dearies

UPSR dah habis, lega.. alhamdullilah, no more extra classes during the weekends and kurang sebeban nak tanda kertas soalan tiap tiap minggu heheh.. so boleh la focus lebih sikit dekat blog kann.. Walaupun upsr habis hari Khamis, tapi saya tak sempat masak masak sangat sebab Mirza kena HMFD since Monday. Dia tak nak makan, so mummy tak la masak, just bagi susu and buah occasionally. Alhamdullilah, since yesterday, selera makannya bertambah, so today mummy buatkan kudap kudapan untuk dear Mirza.



Fish Fingers (suitable for 10mo and above) 

Bahan bahan
Isi Ikan putih (fish fillet : cod/haddock/dory - kalau dapat fresh/siakap)
Dry Breadcrumbs (saya buat sendiri)
Telur 1 biji
Tepung (saya guna unbleached plain flour)
Mixed herbs (saya guna Italian Mixed Herbs)
Blackpepper (amik dalam sebijik dua, tumbuk halus)
Papprika (optional)

Cara-cara
1) Isi ikan di potong bite sized or potong ikut senang anak nak pegang. Lapkan isi ikan tu sampai kering.
2) Lumurkan ikan dengan mixed herbs, blackpepper, paprika.
3) Sediakan 3 mangkuk or pinggan. Satu isi tepun (dalam tepung ni saya letak mixed herbs dengan lada hitam jugak) , satu isi breadcrumbs, satu lagi isi telur yang dah dipukul.
4) Mula mula, celupkan ikan dalam tepung, kemudian celupkan dalam telur, akhir sekali celupkan dalam breadcrumbs.
5) Boleh goreng or bakar. Kalau bakar 180c dalam 30mins

ps: dalam gambar, dua saya goreng (actually goreng 3 tapi mummy dah ngap satu), 4 lagi saya bakar. 

Friday, September 6, 2013

Nyum Nyum Fish Pie

Dah lama nak buat fish pie kat Mirza, tapi tak pernah nak terbuat.. hari ni dah tak tau nak masak apa untuk dinner Mirza, so last-last Mak buat je laa fish pie, senang je, prep time dalam 15mins gitu, cooking time dalam 45mins.


Fish Pie (suitable for 10mo and above)



Bahan-bahan
Potato (rebus sampai empuk)
Ikan (sepatutnya guna ikan isi putih, tapi kat rumah ni sekarang cuma ada salmon, so saya guna salmon je) 
Carrot - dadu kecil
Cauliflower
Broccoli
Mushroom
Celery - hiris halus
Bawang merah - hiris halus
Bawang putih - hiris halus
Fresh Milk - saya guna susu kambing
Unsalted Butter
Cheese


Cara-cara
1) Panaskan periuk, masukkan butter, tumiskan bawang merah, bawang putih, celery sampai wangi dan layu.
2) Masukkan mushroom, kacau-kacau masak sampai mushroom layu.
3) Masukkan sayuran, kemudian masukkan ikan yang di potong kecil/dadu. kacau sebentar.
4) Masukkan susu. biarkan sehingga mendidih. kemudian masukkan 1sudu besar tepung gandum, kacau kacau sebentar sampai kuah nampak pekat. Tutup api.
5) kentang dah yang siap direbus, dijadikan mashed potato. Lenyek kentang dengan unsalted butter dan
 grated cheese.
6) Dalam ramekin or bekas cupcake, lapiskan mashed potato di bahagian bawah, tekan padat-padat, then lapiskan pulak dengan kuah ikan, atas tu lapiskan dengan mashed potato.
7) Bakar 180c untuk 45mins

ps: kalau nak masak untuk 10mo, gantikan fresh milk dengan ebm or formula milk.

Bekal Mirza (Nasi Lemak and Udang Goreng)

Nasi Lemak baby version (suitable for 8mo and above)




Bahan-Bahan
Beras (saya guna organic cambodian brown rice)
Santan
Bawang merah seulas - hiris halus
Bawang putih seulas - hiris halus
Halia 1/2inci (saya suka guna halia muda sebab wangi)
Halba 3-4biji
Daun Pandan (saya tak letak sbb takde)
Air
Santan

Cara-cara
1) Basuh beras bersih-bersih.
2) Masukkan semua bahan. 
3) Masak macam biasa.

ps: Saya tak letak sukatan sebab masing-masing anak ada preference masing-masing kan. ada anak nak nasi lembik, ada anak makan nasi keras. Kemudian ada yang guna beras putih, ada yang guna mixed grain. So pandai pandai kita alter. Dalam masakan ni saya guna 1/4cup beras, air 1 cup dan santan dalam 1/4cup jugak kot.



Udang Goreng Bersayur (suitable for 1yo and above)

Bahan-bahan
Udang
Cauliflower
Broccoli
Carrot

Snap Peas
Bawang merah seulas - hiris halus
Bawang putih seulas - hiris halus
Halia 1/2 inci - hiris halus
Celery - hiris halus
Virgin Coconut Oil

Cara-cara
1) Panaskan minyak (vco), tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan celery sampai wangi.
2) Masukkan sayur, goreng sampai sayur nak empuk, then masukkan udang. Goreng sampai masak.

ps: nak goreng dengan unsalted butter boleh, dengan minyak biasa pun boleh.

Lunch anak beranak

Pada satu hari cuti yang biasa, seperti biasa, bangun-bangun tido, mummy akan memikirkan apa la nak masak untuk harini especially kalau bangun-bangun dah rasa malas nak masak, tapi teringin nak makan macam macam  heee... so fikir punya fikir, godek-godek peti ais apa yang ada. last-last masak ni je...

Steamed Fish and Roasted Vegetables (suitable for 10mo and above)




Bahan-bahan
Fish ( i used white flesh fish, contoh ikan isi putih, Dory, Cod)
Mixed Herbs (i used Herbs de Provance)

Cara-cara
1) Basuh ikan bersih-bersih, kemudian lap kering.
2) Taburkan mixed herbs,lumurkan di ikan.
3) Steam dalam 15mins or sampai ikan masak,

Roasted Vegetables (suitable for 10mo and above)

Bahan-bahan
Broccoli
Cauliflower
Carrot
Potato (boleh ganti dengan sweet potato)
Bawang Besar
Cheese - grated
Extra Virgin Olive Oil
mixed herbs (i used italian mixed herbs)
black pepper

Cara-cara
1) Sayuran di potong cube or potong ikut preference masing-masing.  
2) Broccoli, cauliflower, carrot, potato rebus dalam 5minit
3) Masukkan sayuran dan bawang dalam satu mangkuk besar, tuangkan evoo, mixed herbs, black pepper. Kacau sebati. Masukkan grated cheese.
4) Bakar 180c untuk 45-60mins. 

ps: bila dah siap masak boleh nak letak sikit unsalted butter dan cheese dan gaul sebati dan hidangkan.

Tuesday, September 3, 2013

Yummy Vege Patties @ Bergedil Sayuran

Yummy Vege Patties atau dalam bahasa melayunya Bergedil Sayuran (suitable for 10mo and above)





Bahan-bahan
Ketang 
Broccoli
Cauliflower
Cheese
Fresh breadcrumbs (breadcrumb yang buat dari roti putih tanpa bakar)
Telur



Cara-cara
1) Rebuskan semua sayuran sehingga empuk.
2) Lenyek semua sayuran, campurkan keju yang disagat. Kalau nak campur dengan unsalted butter pun boleh, tapi saya tak letak.
3) Masukkan breadcrumbs, gaul sehingga sebati dan tak melekat di tangan.
4) Bentukkan. Celur dalam telur dan goreng (pan fry).


PS: kalau nak guna sayuran lain pun boleh, nak masukkan ayam, ikan or daging pun boleh.

saya guna sayuran ni je sebab mula-mula ingatkan nak buat mashed potato untuk Mirza, tapi tengok-tengok dia tak nak makan pulak, dari membazir buang, saya olah jadikan begedil ni. Makan jugak akhirnya. 

Dari adunan yang saya buat dapat la dalam 12 -13 bijik kot. so saya frozenkan saje yang lebih tak bergoreng. So bila nak makan nanti just celup dalam telur and goreng.

Saturday, August 31, 2013

Easy 2 ingredients Pancake

Good Morning and Asssalamualaikum. Semua dah sarapan? Mesti kita yang ibu ibu ni bila bangun je dah mula fikir nak masak apa kan untuk breakfast. Paling senang beli or makan kat luar je. Tapi kadang-kadang bosan jugak kan. so today I would like to share a very simple recipe. Guna dua bahan yang senang kita jumpa.Gluten free.


2 Ingredients Pancake (suitable for 8mo and above yang dah pass egg test)





Bahan Bahan
Pisang (kalau guna cavendish or pisang yang bersize besar, 1 pun dah cukup. kalau guna pisang mas, guna dalam 3-4 biji)
1 biji telur
kalau guna 2 bijik pisang macam ni, nanti mixture cair, so better guna 4-5biji


Cara-cara
1. Lenyekkan pisang.
2. Masukkan telur dalam pisang yang dah mashed. Kacau sampai berbuih.
3. Masak macam masak pancake or lempeng. (saya tak guna minyak sbb guna nonstick pan, kalau tak boleh lenser sikit minyak kat kuali. jangan banyak-banyak)
4. Tadaa siap dihidangkan.. boleh letak butter or honey.. makan saje pun sedap






ps: boleh jugak, tambah grated cheese, kismis or kurma yang dipotong halus...

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Day 4 -- Nasi Minyak and Kurma Ayam Baby Version

Assalamualaikum

Lagi sekali mak post pada hari yang sama, Maklumla bila ada masa ni, baru la boleh post segala draft-draft before this.

Hari ni, hari yang ke 4 umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdullilah, Allah masih memberi saya peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Walaupun kita berpuasa, makanan untuk anak yang tidak berpuasa harus kita masak jugak. Mencabar jugak ye, masak untuk lunch ni hehe.. wanginyaa menusuk-nusuk, sampai perut pun dah start kruk kruk ..


Nasi Minyak (suitable for 8-10mo above)
Beras
4 sekawan
Bawang merah
Bawang putih 
Halia 
Chicken Stock (optional)
Minyak Sapi
Air
Daun pandan (saya takde, so tak letak)


Panaskan minyak sapi, kemudian tumiskan 4 sekawan, dah wangi, masukkan bebawang and halia yang dah dihiris halus. Bila dah wangi and layu masukkan beras, gaul-gaul then masukkan chicken stock and air. (beras, air, chicken stock ikut preference masing-masing).  Then masak macam masak nasi.


Kurma Ayam (suitable for 10mo and above)
Ayam
Potato
Carrot
Tomato
Bawang merah, bawang putih, halia. (blend or tumbuk)
1 tablespoon rempah kurma
Santan




Campurkan bahan blend dengan rempah kurma, kalau pekat sangat campur air sikit. Then tumiskan bahan tersebut sampai wangi and naik minyak. Kemudian masukkan ayam, potato, carrot. Gaulakn sebati sampai ayam kecut sikit, masukkan air sehingga menutupi bahan. then biarkan didih, baru masuk santan dan tomato. Masak sampai didih dan pekat.


Monday, July 15, 2013

Vege Roast

Assalamualaikum and Hi.

It's been a while since I post anything here. Nak buat macam mana busy sangat dengan kerja-kerja luar. UPSR is less than 2 months, semestinya most of my time dah diambil untuk budak-budak nak exam ni. Doakan kecemerlangan untuk anak-anak saya di sekolah ni :)

Disebabkab mak dah terlampau busy dekat sekolah, balik rumah dah jadi macam overtired. So makanan untuk DS adalah makanan yang senang di masak. Mak malas ok sekarang ni. Semua nak senang and cepat. 

Disebabkab DS sekarang ni makan nak suap sendiri. (He's a big boy now! T_T )I have to cook something that is easy for him to feed himself. So kebanyakkan makanan dia sekarang mesti kena ada something yang dia boleh suap sendiri. (Nasi, Pasta, Mee masih saya suapkan)


Vege Roast (suitable for 10 monts and above)
Potato (potong bentuk wedges or ikut preference masing masing then rebus sehingga separuh masak)
Pumpkin
Apple (saya guna granny smith sbb tu je yang ada kat rumah-- lebihan group buy buah)
Cherry Tomato
Olive Oil
Mixed herbs (i used herbs de provance)
Grated Cheese 
Lada hitam (saya guna yang freshly grated)



Potong semua buah/sayur ikut citarasa masing-masing.Saya cadangkan potong lebih kurang sama size semuanya. Potato tu rebus sampai separuh masak. Bila dah siap, masukkan semua sayur dalam mangkuk, tuangkan olive oil, serbuk lada hitam, mixed herbs. Kacau sampai minyak menyaluti semua sayur. Masukkan grated cheese. Gaulkan. Bakar dalam oven 180c for 45 minit. Saya tabur grated cheese lagi sekali before hidang.


Friday, July 12, 2013

Nasi Goreng Ikan

Nasi Goreng Ikan (suitable for 10mo and above) 




Nasi lembik or nasi biasa ikut preference anak
Salmon goreng or grill (saya guna salmon, nak guna ikan lain pun boleh asalkan bersesuaian dengan umur anak)
Bawang merah, bawang putih (tumbuk halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Sayuran pilihan (sini saya guna broccoli and carrot)- sayur ni boleh steam dulu separuh masak untuk cepat masak
Grated cheese. (optional)


Tumiskan bawang merah and bawang putih sampai wangi, then masukkan ikan yang dah dicarik-carik. Kacau sebati, kemudian masukkan sayuran, kacau sebati. Then masukkan nasik dan lada hitam. Masak macam masak nasi goreng :P. Akhir sekali boleh di masukkan grated cheese before dihidangkan.


Friday, June 28, 2013

Begedil Ikan Salmon

Begedil @ Pegedil Ikan Salmon (10mo and above)

Kentang (rebus or steam then lenyekkan)
Isi Ikan Salmon (rebus or steam then hancurkan)
Carrot (shredded)
Celery (dadu halus)
Daun bawang (hiris halus)
Cheese (grated)
Telur (2/3 masuk dalam bahan. 1/3 untuk celup)

Masukkan semua bahan, gaulkan sebati. Then bentukkan ikut preference masing-masing. Celup dalam telur. Goreng@Pan Fry. Nak bakar pun boleh.



Mashed Potato with Pumpkin Gravy

Assalamualaikum and Hi. It's been awhile since I update the blog, akibat tuntutan kerja di sekolah dan di rumah. Anyway Mirza is having a food strike (again!) so saya tak banyak memasak, sebab bila Mirza food strike dia hanya nak makan buah saje. 


Mashed Potato and Pumpkin Gravy (10mo and above)

Potato (saya guna Russet so guna sebelah je)
Fresh Milk (saya guna susu kambing, kalau anak bawah 1 tahun guna susu ibu or susu fm)
Cheese (saya guna cream cheese)
Pumpkin

Rebus kentang sampai lembut, kemudian lenyekkan ataupun blend dengan susu, sampai halus. Kemudian masukkan cheese, kacau sebati.

Labu rebus sampai lembut, blendkan dengan susu plus air. 




Thursday, June 20, 2013

Mee Suah with Homemade Chicken Ball with Pumpkim

Hari ni sekolah di sekitar Pasir Gudang di cutikan sebab IPU dah cecah 300+ since petang semalam. Teruk sungguh jerebu tahun ni, duduk dalam rumah pun boleh rasa pedih-pedih hidung. IPU for Pasir Gudang 11am tadi dah 323, tak ada tunjuk macam nak turun pun bacaan tu.. Semoga Allah turunkan hujan rahmat untuk bagi kurang jerebu ni. 

Disebabkan mak bercuti ganti hari ni. so lunch Mirza, rajin la sikit masa lain dari bubur or nasi lembik. Lagipun Mirza macam tak berapa ada selera nak makan nasi lembik sekarang. So today, I try to cook Mee Suah dengan chicken ball khas untuk anak kesayangan Mummy and Abi.



Chicken Ball with Pumpkin (Suitable for 8-10mo and above)

1/4 cup Isi Ayam (saya guna dada ayam organic)
3-4 Bawang merah or kalau guna bawang besar or holland guna separuh je
1/4 cup labu
1 tablespoon of tepung (saya guna unbleached plain flour)

Masukkan isi ayam,bawang and labu dalam food processor ataupun blender. Blendkan sampai halus, then masukkan tepung, blend lagi sekali sampai semua sebati. Bentukkan bulat-bulat dan masukkan dalam air or sup yang mendidih. Chicken ball akan timbul bila dah masak.

Mee Suah

1 gulung Mee Suah
1 ulas bawang merah, bawang putih dan halia (saya suka guna halia muda)
6oz of chicken stock (ikut suka)
Cauliflower, Broccoli, Zuchinni and Carrot (sayur pun ikut pilihan masing masing)
air secukupnya.

Masukkan bebawang, halia, sayuran dalam periuk dan tuangkan chicken stock dan tambah air secukupnya. Then rebus sampai sayur empuk and mendidih, masukkan chicken ball, tunggu sampai chicken ball timbul then masukkan mee suah, masak sampai kembang. 

ps: saya tak tumis kali ni, kalau nak tumis boleh jugak.

contoh gambar mee suah - ada tanda halal


Sunday, June 16, 2013

Homemade Fishballs

Sunday or Saturday is the day untuk mencuba makanan baru untuk Mirza. I have longer time to prepare walaupun kadang-kadang masakan yang dicuba tu sekejap je masaknya, tapi I need time untuk study dulu resepi-resepi yang ada then alter mengikut citarasa sendiri.. 


Fishball + Sup Sayur (Suitable for 10mo and above)

Fishball
Salmon (saya guna salmon belly, nak guna ikan lain pun boleh asalkan bersesuaian dengan umur)
Shredded Carrot
Daun bawang 
1 tablespoon tepung jagung (if possible guna la tepung jagung organic yang non gmo)



Masukkan semua bahan kecuali tepung kedalam food processor (kalau takde guna blender pon boleh, kalau nak lagi klasik, guna lesung batu tumbuk ikan sampai hancur halus baru campur bahan-bahan lain). 





Blendkan sampai halus, then masukkan tepung jagung. kacau sampai sebati.





Bila dah siap bulat-bulatkan then masukkan dalam sup sayur yang tengah masak (didih). Bila masukkan fishball tu, dia akan tenggelam, bila dah masak fishball akan timbul.




Sup Sayur
Bawang merah
Bawang putih
Celery
Stock Ayam or Ikan or Sayur (kalau takde air pun ok)
Sayuran pilihan (saya guna broccoli dengan cauliflower)

Tumis bebawang dan celery, dan wangi masukkan air, stock then masukkan sayuran. Rebus sampai sayur empuk.




ps: ampun sayur broccoli mak warna tak cantik dah, mak ter-ralit buat benda lain time tu...

Saturday, June 15, 2013

Couscous with salmon and Vege

Hari ni hari Sabtu and sekolah mak ada sekolah ganti and ikut jadual hari Isnin..So bila ikut jadual Isnin balik 1.15pm. So macam penat sikit la, so mood memasak pun ke laut. Untuk lunch Mirza pagi-pagi tadi mdah masak Nasi Ayam and Steam Vege je, so tinggal la dia dengan Abi. Sebabkan mood memasak pun ke laut, untuk dinner Mirza hari ni mak buat yang simple simple je, main campak semua dalam satu periuk then rebus sampai masak. Sorry Mirza, mummy malas hehe..



Couscous with Salmon and Vege (10 months and above)

1 or 2 tablespoon of couscous
chicken stock click here for recipe
tomato sauce click here for recipe
Pumpkin or Butternut squash
Broccoli
Cauliflower
Salmon (mak guna Salmon belly sebab sedap sikit untuk Mirza sayang)



ni la dia rupanya couscous

1. Masukkan chicken stock, tomato sauce, sayuran dan ikan dalam periuk.




2. Rebus semua sampai sayur empuk, then tutup api terus masukkan couscous dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 10mins.


 



3. Bila dah 10minit, couscous tersebut akan kembang gebu, gaul-gaulkan. Nak parutkan cheese pun boleh. Tapi disebabkan my DS ada kahak, mak tak letak cheese. 




ps: Nak letak sayur lain pun ok, ikut preference masing masing.


Homemade Tomato Sauce @ Puree Yumsss

Tomato Sauce is a must have stock in my freezer, sebab apa? sebab boleh guna untuk buat macam macam masakan tak kira melayu ke, western ke, nak buat makanan untuk kita pun boleh. Nak buat makanan berat boleh, makanan ringan pun boleh. Saya akan buat stock ni untuk seminggu or dua minggu sekali, tengok banyak mana tomato yang dibeli.. 

This tomato sauce is suitable for 10mo and above. Kenapa? Sebab tomato adalah bersifat acidic, dan kalau kita introduce awal-awal dekat anak, it may prove harsh to the immature tummy. Kesian perut anak kalau awal awal kita intro makanan yang bersifat tinggi acidic. Tomato adalah sejenis buah yang bersifat ber-acidity tinggi. Jika diberi kepada bayi yang muda (below 10mo) ia boleh menyebabkan sakit perut, atau ruam di mulut ataupun bambam baby. It is said that raw tomatoes are most likely to cause the this type of reaction. Remember, kalau nak introduce tomato dekat anak, gunalah tomato segar, bukan dari dalam tin.


Tomato Sauce@Puree (10 mo and above)
Tomato
Bawang besar ataupun bawang holland - 1 biji besar
Bawang Putih - 3-4 ulas besar
4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, lawang)
Italian Seasoning (optional - kalau dah guna 4sekawan tak letak pon takpe, kalau tak guna 4 sekawan elok la letak)



 1. Bersihkan tomato dan buat potongan X dia bawah tomato. (bukan dekat atas tapi bawah)




2. Rebuskan tomato yang dah dipotong X sehingga masak. Macam mana nak tau masak? Bila kulit tomato nampak mengelupas. Sementara tunggu tomato masak, boleh la potong bebawang semua, then blend halus. 




3. Bila tomato dah masak, toskan air, biar kan  sekejap. Bila dah sejuk, kopek kulit tomato. Boleh guna jari saje, Senang saje, but makesure dah sejuk, kalau panas, susah jugak nanti panas nak pegang. Then blendkan  tomato tersebut. Lepas blend tapis if nak hasil yang halus. Kalau rajin blend asing2, kalau tak berapa rajin, blend je dengan bebawang tu semua.




4. Bila dah siap blend. Panaskan kuali tuangkan minyak sikit, dah panas, tumiskan 4 sekawan. Then masukkan bawang blend, dah wangi baru masukkan tomato blend.Masak la sampai kuah pekat and berubah warna dan wangi..



5. Dah masak, sejukkan kejap sebelum kita pack untuk di frozenkan.



Tomato sauce ni boleh digunakan untuk buat nasi tomato, based untuk pasta, based untuk tomato soup, based untuk couscous, sos pizza dan macam-macam lagi ikut creativity masing masing.