Saturday, September 14, 2013

Fish Fingers

Assalamualaikum and Hi dearies

UPSR dah habis, lega.. alhamdullilah, no more extra classes during the weekends and kurang sebeban nak tanda kertas soalan tiap tiap minggu heheh.. so boleh la focus lebih sikit dekat blog kann.. Walaupun upsr habis hari Khamis, tapi saya tak sempat masak masak sangat sebab Mirza kena HMFD since Monday. Dia tak nak makan, so mummy tak la masak, just bagi susu and buah occasionally. Alhamdullilah, since yesterday, selera makannya bertambah, so today mummy buatkan kudap kudapan untuk dear Mirza.



Fish Fingers (suitable for 10mo and above

Bahan bahan
Isi Ikan putih (fish fillet : cod/haddock/dory - kalau dapat fresh/siakap)
Dry Breadcrumbs (saya buat sendiri)
Telur 1 biji
Tepung (saya guna unbleached plain flour)
Mixed herbs (saya guna Italian Mixed Herbs)
Blackpepper (amik dalam sebijik dua, tumbuk halus)
Papprika (optional)

Cara-cara
1) Isi ikan di potong bite sized or potong ikut senang anak nak pegang. Lapkan isi ikan tu sampai kering.
2) Lumurkan ikan dengan mixed herbs, blackpepper, paprika.
3) Sediakan 3 mangkuk or pinggan. Satu isi tepun (dalam tepung ni saya letak mixed herbs dengan lada hitam jugak) , satu isi breadcrumbs, satu lagi isi telur yang dah dipukul.
4) Mula mula, celupkan ikan dalam tepung, kemudian celupkan dalam telur, akhir sekali celupkan dalam breadcrumbs.
5) Boleh goreng or bakar. Kalau bakar 180c dalam 30mins

ps: dalam gambar, dua saya goreng (actually goreng 3 tapi mummy dah ngap satu), 4 lagi saya bakar. 

Friday, September 6, 2013

7 months baby nak makan apa??

Assalamualaikum and Hi all...

        Ada yang pm saya di FB saya, cakap dalam blog saya cuma ada resepi untuk 6mo, 8mo, 10mo and 1yo. Untuk 7mo tak ada resepi ke? Bukan tak ada, cuma untuk saya makanan 7mo biasa saje macam makanan 6mo, cuma yang bezanya, 7mo dah boleh introduce bijirin macam nasi, oat, barley. Buahan dan sayuran kebanyakkan sama saja macam 6mo. 

         7mo masih makan puree, cuma kita boleh campurkan puree dalam bubur nasi, oat ataupun barley tu. Ataupun kita boleh campur 2-3jenis puree, nak bagi baby rasa pelbagai rasa. 6-7mo ni adalah masa yang senang untuk kita, sebab tak perlu masak banyak-banyak dan -susah, cuma buatkan stok puree buahan atau sayuran yang anak dah pass 4 days rule, dan masak bubur. Masak bubur paling senang, kalau ada slow cooker boleh guna slow cooker. Sebelum tido, masak, esok  pagi bangun, bubur dah kembang cantik. Kalau betul sukatan air, tak perlu nak blend pun bubur nasi tu or oat tu. Barley mungkin masih perlu blend. Kemudian just masukkan puree yang kita buat frozen tu. nanti bubur yang panas tu akan cairkan puree tu.

          Enjoy la masa yang macam ni, sebab nanti dah masuk 8mo, macam macam yang kita rasa nak masak and it will take some time dari buat puree and bubur hehehe... Anyway, happy cooking, semoga apa yang kita buat ni, menjadi ibadat dan pahala buat kita dan membentuk anak-anak yang baik.

Nyum Nyum Fish Pie

Dah lama nak buat fish pie kat Mirza, tapi tak pernah nak terbuat.. hari ni dah tak tau nak masak apa untuk dinner Mirza, so last-last Mak buat je laa fish pie, senang je, prep time dalam 15mins gitu, cooking time dalam 45mins.


Fish Pie (suitable for 10mo and above)



Bahan-bahan
Potato (rebus sampai empuk)
Ikan (sepatutnya guna ikan isi putih, tapi kat rumah ni sekarang cuma ada salmon, so saya guna salmon je) 
Carrot - dadu kecil
Cauliflower
Broccoli
Mushroom
Celery - hiris halus
Bawang merah - hiris halus
Bawang putih - hiris halus
Fresh Milk - saya guna susu kambing
Unsalted Butter
Cheese


Cara-cara
1) Panaskan periuk, masukkan butter, tumiskan bawang merah, bawang putih, celery sampai wangi dan layu.
2) Masukkan mushroom, kacau-kacau masak sampai mushroom layu.
3) Masukkan sayuran, kemudian masukkan ikan yang di potong kecil/dadu. kacau sebentar.
4) Masukkan susu. biarkan sehingga mendidih. kemudian masukkan 1sudu besar tepung gandum, kacau kacau sebentar sampai kuah nampak pekat. Tutup api.
5) kentang dah yang siap direbus, dijadikan mashed potato. Lenyek kentang dengan unsalted butter dan
 grated cheese.
6) Dalam ramekin or bekas cupcake, lapiskan mashed potato di bahagian bawah, tekan padat-padat, then lapiskan pulak dengan kuah ikan, atas tu lapiskan dengan mashed potato.
7) Bakar 180c untuk 45mins

ps: kalau nak masak untuk 10mo, gantikan fresh milk dengan ebm or formula milk.

Bekal Mirza (Nasi Lemak and Udang Goreng)

Nasi Lemak baby version (suitable for 8mo and above)




Bahan-Bahan
Beras (saya guna organic cambodian brown rice)
Santan
Bawang merah seulas - hiris halus
Bawang putih seulas - hiris halus
Halia 1/2inci (saya suka guna halia muda sebab wangi)
Halba 3-4biji
Daun Pandan (saya tak letak sbb takde)
Air
Santan

Cara-cara
1) Basuh beras bersih-bersih.
2) Masukkan semua bahan. 
3) Masak macam biasa.

ps: Saya tak letak sukatan sebab masing-masing anak ada preference masing-masing kan. ada anak nak nasi lembik, ada anak makan nasi keras. Kemudian ada yang guna beras putih, ada yang guna mixed grain. So pandai pandai kita alter. Dalam masakan ni saya guna 1/4cup beras, air 1 cup dan santan dalam 1/4cup jugak kot.



Udang Goreng Bersayur (suitable for 1yo and above)

Bahan-bahan
Udang
Cauliflower
Broccoli
Carrot

Snap Peas
Bawang merah seulas - hiris halus
Bawang putih seulas - hiris halus
Halia 1/2 inci - hiris halus
Celery - hiris halus
Virgin Coconut Oil

Cara-cara
1) Panaskan minyak (vco), tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan celery sampai wangi.
2) Masukkan sayur, goreng sampai sayur nak empuk, then masukkan udang. Goreng sampai masak.

ps: nak goreng dengan unsalted butter boleh, dengan minyak biasa pun boleh.

Lunch anak beranak

Pada satu hari cuti yang biasa, seperti biasa, bangun-bangun tido, mummy akan memikirkan apa la nak masak untuk harini especially kalau bangun-bangun dah rasa malas nak masak, tapi teringin nak makan macam macam  heee... so fikir punya fikir, godek-godek peti ais apa yang ada. last-last masak ni je...

Steamed Fish and Roasted Vegetables (suitable for 10mo and above)




Bahan-bahan
Fish ( i used white flesh fish, contoh ikan isi putih, Dory, Cod)
Mixed Herbs (i used Herbs de Provance)

Cara-cara
1) Basuh ikan bersih-bersih, kemudian lap kering.
2) Taburkan mixed herbs,lumurkan di ikan.
3) Steam dalam 15mins or sampai ikan masak,

Roasted Vegetables (suitable for 10mo and above)

Bahan-bahan
Broccoli
Cauliflower
Carrot
Potato (boleh ganti dengan sweet potato)
Bawang Besar
Cheese - grated
Extra Virgin Olive Oil
mixed herbs (i used italian mixed herbs)
black pepper

Cara-cara
1) Sayuran di potong cube or potong ikut preference masing-masing.  
2) Broccoli, cauliflower, carrot, potato rebus dalam 5minit
3) Masukkan sayuran dan bawang dalam satu mangkuk besar, tuangkan evoo, mixed herbs, black pepper. Kacau sebati. Masukkan grated cheese.
4) Bakar 180c untuk 45-60mins. 

ps: bila dah siap masak boleh nak letak sikit unsalted butter dan cheese dan gaul sebati dan hidangkan.

Tuesday, September 3, 2013

Yummy Vege Patties @ Bergedil Sayuran

Yummy Vege Patties atau dalam bahasa melayunya Bergedil Sayuran (suitable for 10mo and above)





Bahan-bahan
Ketang 
Broccoli
Cauliflower
Cheese
Fresh breadcrumbs (breadcrumb yang buat dari roti putih tanpa bakar)
Telur



Cara-cara
1) Rebuskan semua sayuran sehingga empuk.
2) Lenyek semua sayuran, campurkan keju yang disagat. Kalau nak campur dengan unsalted butter pun boleh, tapi saya tak letak.
3) Masukkan breadcrumbs, gaul sehingga sebati dan tak melekat di tangan.
4) Bentukkan. Celur dalam telur dan goreng (pan fry).


PS: kalau nak guna sayuran lain pun boleh, nak masukkan ayam, ikan or daging pun boleh.

saya guna sayuran ni je sebab mula-mula ingatkan nak buat mashed potato untuk Mirza, tapi tengok-tengok dia tak nak makan pulak, dari membazir buang, saya olah jadikan begedil ni. Makan jugak akhirnya. 

Dari adunan yang saya buat dapat la dalam 12 -13 bijik kot. so saya frozenkan saje yang lebih tak bergoreng. So bila nak makan nanti just celup dalam telur and goreng.

Saturday, August 31, 2013

Lunch untuk Dragon Baby

Assalamualaikum and Hi all.

Even though hari ni hari Ahad, tapi Mummy and Mirza duduk rumah saje sebab hari ni Abi keje. So bermalasan la kami dua beranak di rumah. Walaupun bermalasan di rumah, masak untuk Mirza wajib. Masak untuk Mummy je tak wajib hehe. So bila malas ni je la yang mummy masak untuk Mirza.


Tomyam Udang Bersayur. (suitable for 1yo and above sebab ada udang, if tak letak udang 10mo and above)

Bahan-bahan
Udang (saya guna 4 ekor-buang kulit sebab nak senang makan)
Serai - sebatang
Lengkuas
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Celery
Broccoli
Cauliflower
Baby Corn
Carrot
daun limau purut
tomato (saya guna tomato ceri, guna tomato biasa pun ok)
air (kalau ada air rebusan kulit udang lagi sedap)



portion barang ni untuk dua kali makan.


Cara-cara
1. Rebus semua bahan kecuali udang, daun limau and tomato. Rebus sampai sayur empuk.
2. Bila sayur dah empuk, masukkan udang, tomato dan daun limau. Masak sehingga udang masak.

ps: kalau nak tumis dulu bebawang, lengkuas, halia, serai dulu pun boleh.


Tadaaa ni lunch Mirza harini.. organic cambodian mix grain rice, tomyam and ikan bawal putih goreng. Semua licin.