Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Day 4 -- Nasi Minyak and Kurma Ayam Baby Version

Assalamualaikum

Lagi sekali mak post pada hari yang sama, Maklumla bila ada masa ni, baru la boleh post segala draft-draft before this.

Hari ni, hari yang ke 4 umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdullilah, Allah masih memberi saya peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Walaupun kita berpuasa, makanan untuk anak yang tidak berpuasa harus kita masak jugak. Mencabar jugak ye, masak untuk lunch ni hehe.. wanginyaa menusuk-nusuk, sampai perut pun dah start kruk kruk ..


Nasi Minyak (suitable for 8-10mo above)
Beras
4 sekawan
Bawang merah
Bawang putih 
Halia 
Chicken Stock (optional)
Minyak Sapi
Air
Daun pandan (saya takde, so tak letak)


Panaskan minyak sapi, kemudian tumiskan 4 sekawan, dah wangi, masukkan bebawang and halia yang dah dihiris halus. Bila dah wangi and layu masukkan beras, gaul-gaul then masukkan chicken stock and air. (beras, air, chicken stock ikut preference masing-masing).  Then masak macam masak nasi.


Kurma Ayam (suitable for 10mo and above)
Ayam
Potato
Carrot
Tomato
Bawang merah, bawang putih, halia. (blend or tumbuk)
1 tablespoon rempah kurma
Santan




Campurkan bahan blend dengan rempah kurma, kalau pekat sangat campur air sikit. Then tumiskan bahan tersebut sampai wangi and naik minyak. Kemudian masukkan ayam, potato, carrot. Gaulakn sebati sampai ayam kecut sikit, masukkan air sehingga menutupi bahan. then biarkan didih, baru masuk santan dan tomato. Masak sampai didih dan pekat.


Monday, July 15, 2013

Vege Roast

Assalamualaikum and Hi.

It's been a while since I post anything here. Nak buat macam mana busy sangat dengan kerja-kerja luar. UPSR is less than 2 months, semestinya most of my time dah diambil untuk budak-budak nak exam ni. Doakan kecemerlangan untuk anak-anak saya di sekolah ni :)

Disebabkab mak dah terlampau busy dekat sekolah, balik rumah dah jadi macam overtired. So makanan untuk DS adalah makanan yang senang di masak. Mak malas ok sekarang ni. Semua nak senang and cepat. 

Disebabkab DS sekarang ni makan nak suap sendiri. (He's a big boy now! T_T )I have to cook something that is easy for him to feed himself. So kebanyakkan makanan dia sekarang mesti kena ada something yang dia boleh suap sendiri. (Nasi, Pasta, Mee masih saya suapkan)


Vege Roast (suitable for 10 monts and above)
Potato (potong bentuk wedges or ikut preference masing masing then rebus sehingga separuh masak)
Pumpkin
Apple (saya guna granny smith sbb tu je yang ada kat rumah-- lebihan group buy buah)
Cherry Tomato
Olive Oil
Mixed herbs (i used herbs de provance)
Grated Cheese 
Lada hitam (saya guna yang freshly grated)



Potong semua buah/sayur ikut citarasa masing-masing.Saya cadangkan potong lebih kurang sama size semuanya. Potato tu rebus sampai separuh masak. Bila dah siap, masukkan semua sayur dalam mangkuk, tuangkan olive oil, serbuk lada hitam, mixed herbs. Kacau sampai minyak menyaluti semua sayur. Masukkan grated cheese. Gaulkan. Bakar dalam oven 180c for 45 minit. Saya tabur grated cheese lagi sekali before hidang.


Friday, July 12, 2013

Nasi Goreng Ikan

Nasi Goreng Ikan (suitable for 10mo and above




Nasi lembik or nasi biasa ikut preference anak
Salmon goreng or grill (saya guna salmon, nak guna ikan lain pun boleh asalkan bersesuaian dengan umur anak)
Bawang merah, bawang putih (tumbuk halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Sayuran pilihan (sini saya guna broccoli and carrot)- sayur ni boleh steam dulu separuh masak untuk cepat masak
Grated cheese. (optional)


Tumiskan bawang merah and bawang putih sampai wangi, then masukkan ikan yang dah dicarik-carik. Kacau sebati, kemudian masukkan sayuran, kacau sebati. Then masukkan nasik dan lada hitam. Masak macam masak nasi goreng :P. Akhir sekali boleh di masukkan grated cheese before dihidangkan.


Saturday, June 29, 2013

Mac and Cheese.

Anak ada masalah kurang berat badan? Boleh cuba menu ni untuk tambahkan berat anak. Kalau tak ada masalah berat badan pun, ok saje makan mac and cheese ni,

Macaroni and cheese with pumpkin. (Suitable for 8mo and above)
1/4 cup Macaroni (rebus sampai kembang)
1/4 cup Cheese (grated cheddar or any other cheese)
1/4 cup Grated pumpkin (kalau guna butternut squash lagi sedap)
Unsalted  butter
1/2 tablespoon tepung gandum (saya guna unbleached flour)
Formula milk or fresh milk (1tahun ke atas)

Panaskan periuk dan masukkan unsalted butter, tunggu sampai cair but jangan biarkan, nanti hangit, then masukkan tepung kacau-kacau sampai pekat. Then masukkan susu kacau-kacau sampai pekat then masukkan labu, sentiasa kacau then last sekali masukkan cheese, kacau sampai semua cheese melted, last sekali gaulkan macaroni dalam mixture tersebut.

Ps: boleh tambah sayur ikut pilihan.

Homemade Teething Rusk

Assalamualaikum and Hi dearie readers. Weekend saje la masa for me untuk upload post-post dalam blog ni, ampun jikalau rasa bosan tengok satu hari upload banyak-banyak post. Mungkin lepas UPSR nanti, free la sikit saya untuk buat post :) UPSR is less than 100 days, actually less dah 80days dah..uishh takutnya (cikgu je yang takut, anak murid sikit pon tak heran). and Mirza is teething again, gigi number 9. Bila time teething, Mirza will bite almost on everything including me. So untuk kurangkan rasa gatal gusi tu, I will bake some teething rusk for him. Easy homemade teething rusk



Teething Rusk (suitable for 8mo and above)

Roti (digelek)
Unsalted Butter
Kurma or Kismis Puree or any sweet puree
Roti buang kulit, then gelek guna rolling pin, kalau tak ada rolling pin, guna botol air boleh, gelas boleh. Asalkan bersih dan boleh menggelek. Kalau ada cookie cutter, boleh guna cookie cutter untuk terap pattern yang comel comel. Kalau tak. guna cara biasa je, potong or gulung. 


Bila roti dah leper, sapu unsalted butter, then sapu puree yang manis. Bakar dalam oven 180c untuk 30mins. Boleh di simpan untuk 3-4hari.




Sebelum masuk oven


Selepas masuk oven :)



Aksi budak gatal gusi.. makan sendiri (baby led weaning)



Friday, June 28, 2013

Begedil Ikan Salmon

Begedil @ Pegedil Ikan Salmon (10mo and above)

Kentang (rebus or steam then lenyekkan)
Isi Ikan Salmon (rebus or steam then hancurkan)
Carrot (shredded)
Celery (dadu halus)
Daun bawang (hiris halus)
Cheese (grated)
Telur (2/3 masuk dalam bahan. 1/3 untuk celup)

Masukkan semua bahan, gaulkan sebati. Then bentukkan ikut preference masing-masing. Celup dalam telur. Goreng@Pan Fry. Nak bakar pun boleh.



Mashed Potato with Pumpkin Gravy

Assalamualaikum and Hi. It's been awhile since I update the blog, akibat tuntutan kerja di sekolah dan di rumah. Anyway Mirza is having a food strike (again!) so saya tak banyak memasak, sebab bila Mirza food strike dia hanya nak makan buah saje. 


Mashed Potato and Pumpkin Gravy (10mo and above)

Potato (saya guna Russet so guna sebelah je)
Fresh Milk (saya guna susu kambing, kalau anak bawah 1 tahun guna susu ibu or susu fm)
Cheese (saya guna cream cheese)
Pumpkin

Rebus kentang sampai lembut, kemudian lenyekkan ataupun blend dengan susu, sampai halus. Kemudian masukkan cheese, kacau sebati.

Labu rebus sampai lembut, blendkan dengan susu plus air.