Friday, September 20, 2013

Steamed Buns

Harini mummy rasa macam kurang sihat sikit, sore throat melampau, so mood memasak pun ke laut. Tapi perut Mirza tetap isi, so mummy pun mencari resepi yang senang dan cepat..




Steamed Buns (suitable for 1yo sebab ada guna madu)

Bahan-bahan
100gram low protein flour or cake flour
20gram sugar (saya tukar guna agave nectar, guna madu pun boleh, molasses pun boleh)
1 large egg
60ml fresh milk (saya guna susu kambing)
1 tablespoon coconut oil (saya guna rainforest virgin coconut oil)
1 teaspoon natural baking powder (cari kat kedai organic, cosway pun ada) kalau nak guna baking powder biasa resepi ni jadi sesuai untuk 4 tahun dan ke atas)

Cara-cara
1) Pukul  telur sampai kembang. (Nak guna mixer boleh, saya guna hand whisk je sebab malas nak keluarkan mixer)
2) Masukkan gula, pukul sampai sebati.
3) Masukkan susu, mix well. Masukkan coconut oil, mix well.
4) Masukkan tepung plus baking powder yang dah diayak. Mix well.
5) Masukkan dalam bekas, kukus untuk 15mins (api sederhana).



ps: Mengikut pemahaman saya, gula dan garam sesuai untuk 2 tahun dan ke atas. oleh sebab itu kebanyakkan resepi saya tiada gula dan garam. Kalau yang kena guna gula, saya gantikan dengan madu ataupun agave nectar. Madu seeloknya madu yang asli. Sebab madu biasa yang ada jual di supermarket tu kadang kadang sudah dicampur gula. 

Ikut pertimbangan masing-masing kalau mahu intro gula dan garam kepada anak umur 1 tahun.

Saturday, September 14, 2013

Fish Fingers

Assalamualaikum and Hi dearies

UPSR dah habis, lega.. alhamdullilah, no more extra classes during the weekends and kurang sebeban nak tanda kertas soalan tiap tiap minggu heheh.. so boleh la focus lebih sikit dekat blog kann.. Walaupun upsr habis hari Khamis, tapi saya tak sempat masak masak sangat sebab Mirza kena HMFD since Monday. Dia tak nak makan, so mummy tak la masak, just bagi susu and buah occasionally. Alhamdullilah, since yesterday, selera makannya bertambah, so today mummy buatkan kudap kudapan untuk dear Mirza.



Fish Fingers (suitable for 10mo and above

Bahan bahan
Isi Ikan putih (fish fillet : cod/haddock/dory - kalau dapat fresh/siakap)
Dry Breadcrumbs (saya buat sendiri)
Telur 1 biji
Tepung (saya guna unbleached plain flour)
Mixed herbs (saya guna Italian Mixed Herbs)
Blackpepper (amik dalam sebijik dua, tumbuk halus)
Papprika (optional)

Cara-cara
1) Isi ikan di potong bite sized or potong ikut senang anak nak pegang. Lapkan isi ikan tu sampai kering.
2) Lumurkan ikan dengan mixed herbs, blackpepper, paprika.
3) Sediakan 3 mangkuk or pinggan. Satu isi tepun (dalam tepung ni saya letak mixed herbs dengan lada hitam jugak) , satu isi breadcrumbs, satu lagi isi telur yang dah dipukul.
4) Mula mula, celupkan ikan dalam tepung, kemudian celupkan dalam telur, akhir sekali celupkan dalam breadcrumbs.
5) Boleh goreng or bakar. Kalau bakar 180c dalam 30mins

ps: dalam gambar, dua saya goreng (actually goreng 3 tapi mummy dah ngap satu), 4 lagi saya bakar. 

Friday, September 6, 2013

7 months baby nak makan apa??

Assalamualaikum and Hi all...

        Ada yang pm saya di FB saya, cakap dalam blog saya cuma ada resepi untuk 6mo, 8mo, 10mo and 1yo. Untuk 7mo tak ada resepi ke? Bukan tak ada, cuma untuk saya makanan 7mo biasa saje macam makanan 6mo, cuma yang bezanya, 7mo dah boleh introduce bijirin macam nasi, oat, barley. Buahan dan sayuran kebanyakkan sama saja macam 6mo. 

         7mo masih makan puree, cuma kita boleh campurkan puree dalam bubur nasi, oat ataupun barley tu. Ataupun kita boleh campur 2-3jenis puree, nak bagi baby rasa pelbagai rasa. 6-7mo ni adalah masa yang senang untuk kita, sebab tak perlu masak banyak-banyak dan -susah, cuma buatkan stok puree buahan atau sayuran yang anak dah pass 4 days rule, dan masak bubur. Masak bubur paling senang, kalau ada slow cooker boleh guna slow cooker. Sebelum tido, masak, esok  pagi bangun, bubur dah kembang cantik. Kalau betul sukatan air, tak perlu nak blend pun bubur nasi tu or oat tu. Barley mungkin masih perlu blend. Kemudian just masukkan puree yang kita buat frozen tu. nanti bubur yang panas tu akan cairkan puree tu.

          Enjoy la masa yang macam ni, sebab nanti dah masuk 8mo, macam macam yang kita rasa nak masak and it will take some time dari buat puree and bubur hehehe... Anyway, happy cooking, semoga apa yang kita buat ni, menjadi ibadat dan pahala buat kita dan membentuk anak-anak yang baik.

Nyum Nyum Fish Pie

Dah lama nak buat fish pie kat Mirza, tapi tak pernah nak terbuat.. hari ni dah tak tau nak masak apa untuk dinner Mirza, so last-last Mak buat je laa fish pie, senang je, prep time dalam 15mins gitu, cooking time dalam 45mins.


Fish Pie (suitable for 10mo and above)



Bahan-bahan
Potato (rebus sampai empuk)
Ikan (sepatutnya guna ikan isi putih, tapi kat rumah ni sekarang cuma ada salmon, so saya guna salmon je) 
Carrot - dadu kecil
Cauliflower
Broccoli
Mushroom
Celery - hiris halus
Bawang merah - hiris halus
Bawang putih - hiris halus
Fresh Milk - saya guna susu kambing
Unsalted Butter
Cheese


Cara-cara
1) Panaskan periuk, masukkan butter, tumiskan bawang merah, bawang putih, celery sampai wangi dan layu.
2) Masukkan mushroom, kacau-kacau masak sampai mushroom layu.
3) Masukkan sayuran, kemudian masukkan ikan yang di potong kecil/dadu. kacau sebentar.
4) Masukkan susu. biarkan sehingga mendidih. kemudian masukkan 1sudu besar tepung gandum, kacau kacau sebentar sampai kuah nampak pekat. Tutup api.
5) kentang dah yang siap direbus, dijadikan mashed potato. Lenyek kentang dengan unsalted butter dan
 grated cheese.
6) Dalam ramekin or bekas cupcake, lapiskan mashed potato di bahagian bawah, tekan padat-padat, then lapiskan pulak dengan kuah ikan, atas tu lapiskan dengan mashed potato.
7) Bakar 180c untuk 45mins

ps: kalau nak masak untuk 10mo, gantikan fresh milk dengan ebm or formula milk.

Bekal Mirza (Nasi Lemak and Udang Goreng)

Nasi Lemak baby version (suitable for 8mo and above)




Bahan-Bahan
Beras (saya guna organic cambodian brown rice)
Santan
Bawang merah seulas - hiris halus
Bawang putih seulas - hiris halus
Halia 1/2inci (saya suka guna halia muda sebab wangi)
Halba 3-4biji
Daun Pandan (saya tak letak sbb takde)
Air
Santan

Cara-cara
1) Basuh beras bersih-bersih.
2) Masukkan semua bahan. 
3) Masak macam biasa.

ps: Saya tak letak sukatan sebab masing-masing anak ada preference masing-masing kan. ada anak nak nasi lembik, ada anak makan nasi keras. Kemudian ada yang guna beras putih, ada yang guna mixed grain. So pandai pandai kita alter. Dalam masakan ni saya guna 1/4cup beras, air 1 cup dan santan dalam 1/4cup jugak kot.



Udang Goreng Bersayur (suitable for 1yo and above)

Bahan-bahan
Udang
Cauliflower
Broccoli
Carrot

Snap Peas
Bawang merah seulas - hiris halus
Bawang putih seulas - hiris halus
Halia 1/2 inci - hiris halus
Celery - hiris halus
Virgin Coconut Oil

Cara-cara
1) Panaskan minyak (vco), tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan celery sampai wangi.
2) Masukkan sayur, goreng sampai sayur nak empuk, then masukkan udang. Goreng sampai masak.

ps: nak goreng dengan unsalted butter boleh, dengan minyak biasa pun boleh.

Lunch anak beranak

Pada satu hari cuti yang biasa, seperti biasa, bangun-bangun tido, mummy akan memikirkan apa la nak masak untuk harini especially kalau bangun-bangun dah rasa malas nak masak, tapi teringin nak makan macam macam  heee... so fikir punya fikir, godek-godek peti ais apa yang ada. last-last masak ni je...

Steamed Fish and Roasted Vegetables (suitable for 10mo and above)




Bahan-bahan
Fish ( i used white flesh fish, contoh ikan isi putih, Dory, Cod)
Mixed Herbs (i used Herbs de Provance)

Cara-cara
1) Basuh ikan bersih-bersih, kemudian lap kering.
2) Taburkan mixed herbs,lumurkan di ikan.
3) Steam dalam 15mins or sampai ikan masak,

Roasted Vegetables (suitable for 10mo and above)

Bahan-bahan
Broccoli
Cauliflower
Carrot
Potato (boleh ganti dengan sweet potato)
Bawang Besar
Cheese - grated
Extra Virgin Olive Oil
mixed herbs (i used italian mixed herbs)
black pepper

Cara-cara
1) Sayuran di potong cube or potong ikut preference masing-masing.  
2) Broccoli, cauliflower, carrot, potato rebus dalam 5minit
3) Masukkan sayuran dan bawang dalam satu mangkuk besar, tuangkan evoo, mixed herbs, black pepper. Kacau sebati. Masukkan grated cheese.
4) Bakar 180c untuk 45-60mins. 

ps: bila dah siap masak boleh nak letak sikit unsalted butter dan cheese dan gaul sebati dan hidangkan.

Tuesday, September 3, 2013

Yummy Vege Patties @ Bergedil Sayuran

Yummy Vege Patties atau dalam bahasa melayunya Bergedil Sayuran (suitable for 10mo and above)





Bahan-bahan
Ketang 
Broccoli
Cauliflower
Cheese
Fresh breadcrumbs (breadcrumb yang buat dari roti putih tanpa bakar)
Telur



Cara-cara
1) Rebuskan semua sayuran sehingga empuk.
2) Lenyek semua sayuran, campurkan keju yang disagat. Kalau nak campur dengan unsalted butter pun boleh, tapi saya tak letak.
3) Masukkan breadcrumbs, gaul sehingga sebati dan tak melekat di tangan.
4) Bentukkan. Celur dalam telur dan goreng (pan fry).


PS: kalau nak guna sayuran lain pun boleh, nak masukkan ayam, ikan or daging pun boleh.

saya guna sayuran ni je sebab mula-mula ingatkan nak buat mashed potato untuk Mirza, tapi tengok-tengok dia tak nak makan pulak, dari membazir buang, saya olah jadikan begedil ni. Makan jugak akhirnya. 

Dari adunan yang saya buat dapat la dalam 12 -13 bijik kot. so saya frozenkan saje yang lebih tak bergoreng. So bila nak makan nanti just celup dalam telur and goreng.

Saturday, August 31, 2013

Lunch untuk Dragon Baby

Assalamualaikum and Hi all.

Even though hari ni hari Ahad, tapi Mummy and Mirza duduk rumah saje sebab hari ni Abi keje. So bermalasan la kami dua beranak di rumah. Walaupun bermalasan di rumah, masak untuk Mirza wajib. Masak untuk Mummy je tak wajib hehe. So bila malas ni je la yang mummy masak untuk Mirza.


Tomyam Udang Bersayur. (suitable for 1yo and above sebab ada udang, if tak letak udang 10mo and above)

Bahan-bahan
Udang (saya guna 4 ekor-buang kulit sebab nak senang makan)
Serai - sebatang
Lengkuas
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Celery
Broccoli
Cauliflower
Baby Corn
Carrot
daun limau purut
tomato (saya guna tomato ceri, guna tomato biasa pun ok)
air (kalau ada air rebusan kulit udang lagi sedap)



portion barang ni untuk dua kali makan.


Cara-cara
1. Rebus semua bahan kecuali udang, daun limau and tomato. Rebus sampai sayur empuk.
2. Bila sayur dah empuk, masukkan udang, tomato dan daun limau. Masak sehingga udang masak.

ps: kalau nak tumis dulu bebawang, lengkuas, halia, serai dulu pun boleh.


Tadaaa ni lunch Mirza harini.. organic cambodian mix grain rice, tomyam and ikan bawal putih goreng. Semua licin.




Easy 2 ingredients Pancake

Good Morning and Asssalamualaikum. Semua dah sarapan? Mesti kita yang ibu ibu ni bila bangun je dah mula fikir nak masak apa kan untuk breakfast. Paling senang beli or makan kat luar je. Tapi kadang-kadang bosan jugak kan. so today I would like to share a very simple recipe. Guna dua bahan yang senang kita jumpa.Gluten free.


2 Ingredients Pancake (suitable for 8mo and above yang dah pass egg test)





Bahan Bahan
Pisang (kalau guna cavendish or pisang yang bersize besar, 1 pun dah cukup. kalau guna pisang mas, guna dalam 3-4 biji)
1 biji telur
kalau guna 2 bijik pisang macam ni, nanti mixture cair, so better guna 4-5biji


Cara-cara
1. Lenyekkan pisang.
2. Masukkan telur dalam pisang yang dah mashed. Kacau sampai berbuih.
3. Masak macam masak pancake or lempeng. (saya tak guna minyak sbb guna nonstick pan, kalau tak boleh lenser sikit minyak kat kuali. jangan banyak-banyak)
4. Tadaa siap dihidangkan.. boleh letak butter or honey.. makan saje pun sedap






ps: boleh jugak, tambah grated cheese, kismis or kurma yang dipotong halus...

Friday, August 30, 2013

Mushroom Soup

Mushroom Soup (suitable for 1yo and above sebab guna fresh milk)

Bahan bahan
200gram button mushroom - guna yang fresh, satu kotak cukup. (saya guna brown button mushroom)
500ml fresh milk 
500ml chicken stock
bawang besar sebijik - dadu halus
bawang putih 2-3ulas - hiris halus
butter
1teaspoon serbuk blackpepper (tumbuk sendiri seeloknya, sbb yang serbuk tu kadang-kadang dah bercampur)
1 table spoon tepung gandum (saya guna unbleached plain flour)


Cara-cara
1. Panaskan periuk masukkan butter, kemudian tumiskan bawang besar and bawang putih. 
2. Bila dah naik wangi and bawang layu, masukkan mushroom. kacau dan biarkan sampai mushroom layu.
3. Masukkan tepung gandum kacau sampai sebati, kemudian terus masukkan chicken stock. Masak sehingga mendidih, baru masukkan susu dan black pepper. Masak sehingga mendidih and pekat.

ps: tak jumpa pulak gambar mushroom soup ni. nanti dah ada gambar baru i upload gambar ye..

Easy Baked Pasta

Easy Baked Pasta (suitable for 1yo and above sebab guna fresh milk, if tak guna fresh milk 10mo and above)



Bahan-bahan
Pasta yang siap rebus (saya guna pasta alphabets)
Mushroom soup (saya guna lebihan yang saya buat sendiri) resepi di sini
Potato (rebus dalam susu sampai empuk and mashkan dengan unsalted butter and cheese)

Cara-cara
Campurkan pasta yang dah siap rebus dengan mushroom soup. Kemudian masukkan dalam ramekin. Then letakkan mashed potato atas adunan pasta and soup tu. Bakar 180c untuk 30minutes or sampai nampak mashed potato warna brown yang cantik.

Food For Mirza

Harini letak gambar gambar je la dulu.. Ni antara gambar makanan Mirza sepanjang mummy busy dan tak sempat nak upload di sini.. nanti ada masa i'll upload the resepi. Tengok gambar je la dulu ekk..






Nasi Lemak, Steam Vege and Sambal Version baby



Nasi, Sup Sayur and Cheesy and Toast



Mee Suah with homemade chicken ball




Nasi, Kurma Vege and Grill Salmon





Nasi, Sup Sayur and Sambal Ikan baby version



Sup Tulang with white rice



Homemade Chicken Fingers, Golden Kiwi and Roti dengan cream cheese




Chicken Ball Soup with Vege





Pasta ABC with bone broth (sup tulang)

PROMO TUPPERWARE CATALOGUE 6 (19 August 2013 till 30 September 2013)

Assalamualaikum and Good Morning.. Mak tumpang promo tupperware ye.. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tupperware boleh PM kat FB or email me (ayu_safarina@Yahoo.com). Untuk yang berminat nak jadi ahli pun boleh PM. Promo baik dengan harga yang menarik menanti anda. COD untuk yang berada sekitar Pasir Gudang, Seri Alam dan kawasan sekitarnya. Pos untuk kawasan yang lain-lain

Boleh view catalogue di album ni --> https://www.facebook.com/ayu.safarina/media_set?set=a.10151820623949507.1073741831.654129506&type=3


Steam Egg, Nyum Nyum sedap

Steam Egg with Vege and Pasta (suitable for 1yo and above sebab ada fresh milk, kalau tak letak fresh milk suitable for 10mo and above yang dah pass egg test)




Bahan bahan
Telur 1 biji
Fresh Milk - agak agak (saya guna susu kambing sebab my DS minum susu kambing)
Asparagus - hiris halus
Cauliflower - hiris halus
Broccoli - hiris halus
Carrot - shredded
Mushroom - hiris halus (saya guna brown button mushroom) (pastikan guna mushroom fresh bukan dalam tin)
Cheese - shredded
Pasta yang dah siap rebus - dalam 3table spoon (saya guna pasta ABC so sizenya kecil, 3tablespoon tu pun dah cukup banyak) -- pasta ni optional nak letak boleh tak nak letak pun boleh

Cara-cara
Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian kacau sampai kembang. Then masukkan sayuran yang dah dihiris halus, pasta yang dah siap direbus. Kacau sebati. Masukkan susu dan grated cheese. Kacau sebati. Masukkan adunan kedalam bekas yang tahan untuk disteam. (saya guna ramekin beli kat daiso. Murah je RM5 sebiji) then steamkan selama 5-10minit. (sini saya guna steamer Tupperware, senang. Promo catalogue (19/8 till 30/9/2013) Beli satu set steamer tupperware boleh dapat free satu tingkat. Berminat boleh PM saya di FB ataupun email. PM me for best price. 

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum and Hi deariess..

Sorry for the long hiatus.. Mummy is a bit busy with school's work. Maklum la pecutan terakhir sebelum UPSR, so agak busy sikit untuk duduk diam depan laptop and upload post. Banyak resepi yang nak di share kan tapi disebabkan masa tidak mengizinkan saya, semua peram peram dulu. After UPSR insha allah saya akan kembali aktif up kan post post mengenai makanan untuk anak.

Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Day 4 -- Nasi Minyak and Kurma Ayam Baby Version

Assalamualaikum

Lagi sekali mak post pada hari yang sama, Maklumla bila ada masa ni, baru la boleh post segala draft-draft before this.

Hari ni, hari yang ke 4 umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdullilah, Allah masih memberi saya peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Walaupun kita berpuasa, makanan untuk anak yang tidak berpuasa harus kita masak jugak. Mencabar jugak ye, masak untuk lunch ni hehe.. wanginyaa menusuk-nusuk, sampai perut pun dah start kruk kruk ..


Nasi Minyak (suitable for 8-10mo above)
Beras
4 sekawan
Bawang merah
Bawang putih 
Halia 
Chicken Stock (optional)
Minyak Sapi
Air
Daun pandan (saya takde, so tak letak)


Panaskan minyak sapi, kemudian tumiskan 4 sekawan, dah wangi, masukkan bebawang and halia yang dah dihiris halus. Bila dah wangi and layu masukkan beras, gaul-gaul then masukkan chicken stock and air. (beras, air, chicken stock ikut preference masing-masing).  Then masak macam masak nasi.


Kurma Ayam (suitable for 10mo and above)
Ayam
Potato
Carrot
Tomato
Bawang merah, bawang putih, halia. (blend or tumbuk)
1 tablespoon rempah kurma
Santan




Campurkan bahan blend dengan rempah kurma, kalau pekat sangat campur air sikit. Then tumiskan bahan tersebut sampai wangi and naik minyak. Kemudian masukkan ayam, potato, carrot. Gaulakn sebati sampai ayam kecut sikit, masukkan air sehingga menutupi bahan. then biarkan didih, baru masuk santan dan tomato. Masak sampai didih dan pekat.


Monday, July 15, 2013

Vege Roast

Assalamualaikum and Hi.

It's been a while since I post anything here. Nak buat macam mana busy sangat dengan kerja-kerja luar. UPSR is less than 2 months, semestinya most of my time dah diambil untuk budak-budak nak exam ni. Doakan kecemerlangan untuk anak-anak saya di sekolah ni :)

Disebabkab mak dah terlampau busy dekat sekolah, balik rumah dah jadi macam overtired. So makanan untuk DS adalah makanan yang senang di masak. Mak malas ok sekarang ni. Semua nak senang and cepat. 

Disebabkab DS sekarang ni makan nak suap sendiri. (He's a big boy now! T_T )I have to cook something that is easy for him to feed himself. So kebanyakkan makanan dia sekarang mesti kena ada something yang dia boleh suap sendiri. (Nasi, Pasta, Mee masih saya suapkan)


Vege Roast (suitable for 10 monts and above)
Potato (potong bentuk wedges or ikut preference masing masing then rebus sehingga separuh masak)
Pumpkin
Apple (saya guna granny smith sbb tu je yang ada kat rumah-- lebihan group buy buah)
Cherry Tomato
Olive Oil
Mixed herbs (i used herbs de provance)
Grated Cheese 
Lada hitam (saya guna yang freshly grated)



Potong semua buah/sayur ikut citarasa masing-masing.Saya cadangkan potong lebih kurang sama size semuanya. Potato tu rebus sampai separuh masak. Bila dah siap, masukkan semua sayur dalam mangkuk, tuangkan olive oil, serbuk lada hitam, mixed herbs. Kacau sampai minyak menyaluti semua sayur. Masukkan grated cheese. Gaulkan. Bakar dalam oven 180c for 45 minit. Saya tabur grated cheese lagi sekali before hidang.


Friday, July 12, 2013

Nasi Goreng Ikan

Nasi Goreng Ikan (suitable for 10mo and above




Nasi lembik or nasi biasa ikut preference anak
Salmon goreng or grill (saya guna salmon, nak guna ikan lain pun boleh asalkan bersesuaian dengan umur anak)
Bawang merah, bawang putih (tumbuk halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Sayuran pilihan (sini saya guna broccoli and carrot)- sayur ni boleh steam dulu separuh masak untuk cepat masak
Grated cheese. (optional)


Tumiskan bawang merah and bawang putih sampai wangi, then masukkan ikan yang dah dicarik-carik. Kacau sebati, kemudian masukkan sayuran, kacau sebati. Then masukkan nasik dan lada hitam. Masak macam masak nasi goreng :P. Akhir sekali boleh di masukkan grated cheese before dihidangkan.


Saturday, June 29, 2013

Mac and Cheese.

Anak ada masalah kurang berat badan? Boleh cuba menu ni untuk tambahkan berat anak. Kalau tak ada masalah berat badan pun, ok saje makan mac and cheese ni,

Macaroni and cheese with pumpkin. (Suitable for 8mo and above)
1/4 cup Macaroni (rebus sampai kembang)
1/4 cup Cheese (grated cheddar or any other cheese)
1/4 cup Grated pumpkin (kalau guna butternut squash lagi sedap)
Unsalted  butter
1/2 tablespoon tepung gandum (saya guna unbleached flour)
Formula milk or fresh milk (1tahun ke atas)

Panaskan periuk dan masukkan unsalted butter, tunggu sampai cair but jangan biarkan, nanti hangit, then masukkan tepung kacau-kacau sampai pekat. Then masukkan susu kacau-kacau sampai pekat then masukkan labu, sentiasa kacau then last sekali masukkan cheese, kacau sampai semua cheese melted, last sekali gaulkan macaroni dalam mixture tersebut.

Ps: boleh tambah sayur ikut pilihan.

Homemade Teething Rusk

Assalamualaikum and Hi dearie readers. Weekend saje la masa for me untuk upload post-post dalam blog ni, ampun jikalau rasa bosan tengok satu hari upload banyak-banyak post. Mungkin lepas UPSR nanti, free la sikit saya untuk buat post :) UPSR is less than 100 days, actually less dah 80days dah..uishh takutnya (cikgu je yang takut, anak murid sikit pon tak heran). and Mirza is teething again, gigi number 9. Bila time teething, Mirza will bite almost on everything including me. So untuk kurangkan rasa gatal gusi tu, I will bake some teething rusk for him. Easy homemade teething rusk



Teething Rusk (suitable for 8mo and above)

Roti (digelek)
Unsalted Butter
Kurma or Kismis Puree or any sweet puree
Roti buang kulit, then gelek guna rolling pin, kalau tak ada rolling pin, guna botol air boleh, gelas boleh. Asalkan bersih dan boleh menggelek. Kalau ada cookie cutter, boleh guna cookie cutter untuk terap pattern yang comel comel. Kalau tak. guna cara biasa je, potong or gulung. 


Bila roti dah leper, sapu unsalted butter, then sapu puree yang manis. Bakar dalam oven 180c untuk 30mins. Boleh di simpan untuk 3-4hari.




Sebelum masuk oven


Selepas masuk oven :)



Aksi budak gatal gusi.. makan sendiri (baby led weaning)