Showing posts with label Fish. Show all posts
Showing posts with label Fish. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Fish Fingers

Assalamualaikum and Hi dearies

UPSR dah habis, lega.. alhamdullilah, no more extra classes during the weekends and kurang sebeban nak tanda kertas soalan tiap tiap minggu heheh.. so boleh la focus lebih sikit dekat blog kann.. Walaupun upsr habis hari Khamis, tapi saya tak sempat masak masak sangat sebab Mirza kena HMFD since Monday. Dia tak nak makan, so mummy tak la masak, just bagi susu and buah occasionally. Alhamdullilah, since yesterday, selera makannya bertambah, so today mummy buatkan kudap kudapan untuk dear Mirza.



Fish Fingers (suitable for 10mo and above

Bahan bahan
Isi Ikan putih (fish fillet : cod/haddock/dory - kalau dapat fresh/siakap)
Dry Breadcrumbs (saya buat sendiri)
Telur 1 biji
Tepung (saya guna unbleached plain flour)
Mixed herbs (saya guna Italian Mixed Herbs)
Blackpepper (amik dalam sebijik dua, tumbuk halus)
Papprika (optional)

Cara-cara
1) Isi ikan di potong bite sized or potong ikut senang anak nak pegang. Lapkan isi ikan tu sampai kering.
2) Lumurkan ikan dengan mixed herbs, blackpepper, paprika.
3) Sediakan 3 mangkuk or pinggan. Satu isi tepun (dalam tepung ni saya letak mixed herbs dengan lada hitam jugak) , satu isi breadcrumbs, satu lagi isi telur yang dah dipukul.
4) Mula mula, celupkan ikan dalam tepung, kemudian celupkan dalam telur, akhir sekali celupkan dalam breadcrumbs.
5) Boleh goreng or bakar. Kalau bakar 180c dalam 30mins

ps: dalam gambar, dua saya goreng (actually goreng 3 tapi mummy dah ngap satu), 4 lagi saya bakar. 

Friday, September 6, 2013

Nyum Nyum Fish Pie

Dah lama nak buat fish pie kat Mirza, tapi tak pernah nak terbuat.. hari ni dah tak tau nak masak apa untuk dinner Mirza, so last-last Mak buat je laa fish pie, senang je, prep time dalam 15mins gitu, cooking time dalam 45mins.


Fish Pie (suitable for 10mo and above)



Bahan-bahan
Potato (rebus sampai empuk)
Ikan (sepatutnya guna ikan isi putih, tapi kat rumah ni sekarang cuma ada salmon, so saya guna salmon je) 
Carrot - dadu kecil
Cauliflower
Broccoli
Mushroom
Celery - hiris halus
Bawang merah - hiris halus
Bawang putih - hiris halus
Fresh Milk - saya guna susu kambing
Unsalted Butter
Cheese


Cara-cara
1) Panaskan periuk, masukkan butter, tumiskan bawang merah, bawang putih, celery sampai wangi dan layu.
2) Masukkan mushroom, kacau-kacau masak sampai mushroom layu.
3) Masukkan sayuran, kemudian masukkan ikan yang di potong kecil/dadu. kacau sebentar.
4) Masukkan susu. biarkan sehingga mendidih. kemudian masukkan 1sudu besar tepung gandum, kacau kacau sebentar sampai kuah nampak pekat. Tutup api.
5) kentang dah yang siap direbus, dijadikan mashed potato. Lenyek kentang dengan unsalted butter dan
 grated cheese.
6) Dalam ramekin or bekas cupcake, lapiskan mashed potato di bahagian bawah, tekan padat-padat, then lapiskan pulak dengan kuah ikan, atas tu lapiskan dengan mashed potato.
7) Bakar 180c untuk 45mins

ps: kalau nak masak untuk 10mo, gantikan fresh milk dengan ebm or formula milk.

Lunch anak beranak

Pada satu hari cuti yang biasa, seperti biasa, bangun-bangun tido, mummy akan memikirkan apa la nak masak untuk harini especially kalau bangun-bangun dah rasa malas nak masak, tapi teringin nak makan macam macam  heee... so fikir punya fikir, godek-godek peti ais apa yang ada. last-last masak ni je...

Steamed Fish and Roasted Vegetables (suitable for 10mo and above)




Bahan-bahan
Fish ( i used white flesh fish, contoh ikan isi putih, Dory, Cod)
Mixed Herbs (i used Herbs de Provance)

Cara-cara
1) Basuh ikan bersih-bersih, kemudian lap kering.
2) Taburkan mixed herbs,lumurkan di ikan.
3) Steam dalam 15mins or sampai ikan masak,

Roasted Vegetables (suitable for 10mo and above)

Bahan-bahan
Broccoli
Cauliflower
Carrot
Potato (boleh ganti dengan sweet potato)
Bawang Besar
Cheese - grated
Extra Virgin Olive Oil
mixed herbs (i used italian mixed herbs)
black pepper

Cara-cara
1) Sayuran di potong cube or potong ikut preference masing-masing.  
2) Broccoli, cauliflower, carrot, potato rebus dalam 5minit
3) Masukkan sayuran dan bawang dalam satu mangkuk besar, tuangkan evoo, mixed herbs, black pepper. Kacau sebati. Masukkan grated cheese.
4) Bakar 180c untuk 45-60mins. 

ps: bila dah siap masak boleh nak letak sikit unsalted butter dan cheese dan gaul sebati dan hidangkan.

Friday, July 12, 2013

Nasi Goreng Ikan

Nasi Goreng Ikan (suitable for 10mo and above




Nasi lembik or nasi biasa ikut preference anak
Salmon goreng or grill (saya guna salmon, nak guna ikan lain pun boleh asalkan bersesuaian dengan umur anak)
Bawang merah, bawang putih (tumbuk halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Sayuran pilihan (sini saya guna broccoli and carrot)- sayur ni boleh steam dulu separuh masak untuk cepat masak
Grated cheese. (optional)


Tumiskan bawang merah and bawang putih sampai wangi, then masukkan ikan yang dah dicarik-carik. Kacau sebati, kemudian masukkan sayuran, kacau sebati. Then masukkan nasik dan lada hitam. Masak macam masak nasi goreng :P. Akhir sekali boleh di masukkan grated cheese before dihidangkan.


Friday, June 28, 2013

Begedil Ikan Salmon

Begedil @ Pegedil Ikan Salmon (10mo and above)

Kentang (rebus or steam then lenyekkan)
Isi Ikan Salmon (rebus or steam then hancurkan)
Carrot (shredded)
Celery (dadu halus)
Daun bawang (hiris halus)
Cheese (grated)
Telur (2/3 masuk dalam bahan. 1/3 untuk celup)

Masukkan semua bahan, gaulkan sebati. Then bentukkan ikut preference masing-masing. Celup dalam telur. Goreng@Pan Fry. Nak bakar pun boleh.



Sunday, June 16, 2013

Homemade Fishballs

Sunday or Saturday is the day untuk mencuba makanan baru untuk Mirza. I have longer time to prepare walaupun kadang-kadang masakan yang dicuba tu sekejap je masaknya, tapi I need time untuk study dulu resepi-resepi yang ada then alter mengikut citarasa sendiri.. 


Fishball + Sup Sayur (Suitable for 10mo and above)

Fishball
Salmon (saya guna salmon belly, nak guna ikan lain pun boleh asalkan bersesuaian dengan umur)
Shredded Carrot
Daun bawang 
1 tablespoon tepung jagung (if possible guna la tepung jagung organic yang non gmo)



Masukkan semua bahan kecuali tepung kedalam food processor (kalau takde guna blender pon boleh, kalau nak lagi klasik, guna lesung batu tumbuk ikan sampai hancur halus baru campur bahan-bahan lain). 





Blendkan sampai halus, then masukkan tepung jagung. kacau sampai sebati.





Bila dah siap bulat-bulatkan then masukkan dalam sup sayur yang tengah masak (didih). Bila masukkan fishball tu, dia akan tenggelam, bila dah masak fishball akan timbul.




Sup Sayur
Bawang merah
Bawang putih
Celery
Stock Ayam or Ikan or Sayur (kalau takde air pun ok)
Sayuran pilihan (saya guna broccoli dengan cauliflower)

Tumis bebawang dan celery, dan wangi masukkan air, stock then masukkan sayuran. Rebus sampai sayur empuk.




ps: ampun sayur broccoli mak warna tak cantik dah, mak ter-ralit buat benda lain time tu...

Saturday, June 15, 2013

Couscous with salmon and Vege

Hari ni hari Sabtu and sekolah mak ada sekolah ganti and ikut jadual hari Isnin..So bila ikut jadual Isnin balik 1.15pm. So macam penat sikit la, so mood memasak pun ke laut. Untuk lunch Mirza pagi-pagi tadi mdah masak Nasi Ayam and Steam Vege je, so tinggal la dia dengan Abi. Sebabkan mood memasak pun ke laut, untuk dinner Mirza hari ni mak buat yang simple simple je, main campak semua dalam satu periuk then rebus sampai masak. Sorry Mirza, mummy malas hehe..



Couscous with Salmon and Vege (10 months and above)

1 or 2 tablespoon of couscous
chicken stock click here for recipe
tomato sauce click here for recipe
Pumpkin or Butternut squash
Broccoli
Cauliflower
Salmon (mak guna Salmon belly sebab sedap sikit untuk Mirza sayang)



ni la dia rupanya couscous

1. Masukkan chicken stock, tomato sauce, sayuran dan ikan dalam periuk.




2. Rebus semua sampai sayur empuk, then tutup api terus masukkan couscous dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 10mins.


 



3. Bila dah 10minit, couscous tersebut akan kembang gebu, gaul-gaulkan. Nak parutkan cheese pun boleh. Tapi disebabkan my DS ada kahak, mak tak letak cheese. 




ps: Nak letak sayur lain pun ok, ikut preference masing masing.