Showing posts with label Grains. Show all posts
Showing posts with label Grains. Show all posts

Friday, September 6, 2013

7 months baby nak makan apa??

Assalamualaikum and Hi all...

        Ada yang pm saya di FB saya, cakap dalam blog saya cuma ada resepi untuk 6mo, 8mo, 10mo and 1yo. Untuk 7mo tak ada resepi ke? Bukan tak ada, cuma untuk saya makanan 7mo biasa saje macam makanan 6mo, cuma yang bezanya, 7mo dah boleh introduce bijirin macam nasi, oat, barley. Buahan dan sayuran kebanyakkan sama saja macam 6mo. 

         7mo masih makan puree, cuma kita boleh campurkan puree dalam bubur nasi, oat ataupun barley tu. Ataupun kita boleh campur 2-3jenis puree, nak bagi baby rasa pelbagai rasa. 6-7mo ni adalah masa yang senang untuk kita, sebab tak perlu masak banyak-banyak dan -susah, cuma buatkan stok puree buahan atau sayuran yang anak dah pass 4 days rule, dan masak bubur. Masak bubur paling senang, kalau ada slow cooker boleh guna slow cooker. Sebelum tido, masak, esok  pagi bangun, bubur dah kembang cantik. Kalau betul sukatan air, tak perlu nak blend pun bubur nasi tu or oat tu. Barley mungkin masih perlu blend. Kemudian just masukkan puree yang kita buat frozen tu. nanti bubur yang panas tu akan cairkan puree tu.

          Enjoy la masa yang macam ni, sebab nanti dah masuk 8mo, macam macam yang kita rasa nak masak and it will take some time dari buat puree and bubur hehehe... Anyway, happy cooking, semoga apa yang kita buat ni, menjadi ibadat dan pahala buat kita dan membentuk anak-anak yang baik.

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Day 4 -- Nasi Minyak and Kurma Ayam Baby Version

Assalamualaikum

Lagi sekali mak post pada hari yang sama, Maklumla bila ada masa ni, baru la boleh post segala draft-draft before this.

Hari ni, hari yang ke 4 umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdullilah, Allah masih memberi saya peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Walaupun kita berpuasa, makanan untuk anak yang tidak berpuasa harus kita masak jugak. Mencabar jugak ye, masak untuk lunch ni hehe.. wanginyaa menusuk-nusuk, sampai perut pun dah start kruk kruk ..


Nasi Minyak (suitable for 8-10mo above)
Beras
4 sekawan
Bawang merah
Bawang putih 
Halia 
Chicken Stock (optional)
Minyak Sapi
Air
Daun pandan (saya takde, so tak letak)


Panaskan minyak sapi, kemudian tumiskan 4 sekawan, dah wangi, masukkan bebawang and halia yang dah dihiris halus. Bila dah wangi and layu masukkan beras, gaul-gaul then masukkan chicken stock and air. (beras, air, chicken stock ikut preference masing-masing).  Then masak macam masak nasi.


Kurma Ayam (suitable for 10mo and above)
Ayam
Potato
Carrot
Tomato
Bawang merah, bawang putih, halia. (blend or tumbuk)
1 tablespoon rempah kurma
Santan




Campurkan bahan blend dengan rempah kurma, kalau pekat sangat campur air sikit. Then tumiskan bahan tersebut sampai wangi and naik minyak. Kemudian masukkan ayam, potato, carrot. Gaulakn sebati sampai ayam kecut sikit, masukkan air sehingga menutupi bahan. then biarkan didih, baru masuk santan dan tomato. Masak sampai didih dan pekat.


Friday, July 12, 2013

Nasi Goreng Ikan

Nasi Goreng Ikan (suitable for 10mo and above




Nasi lembik or nasi biasa ikut preference anak
Salmon goreng or grill (saya guna salmon, nak guna ikan lain pun boleh asalkan bersesuaian dengan umur anak)
Bawang merah, bawang putih (tumbuk halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Sayuran pilihan (sini saya guna broccoli and carrot)- sayur ni boleh steam dulu separuh masak untuk cepat masak
Grated cheese. (optional)


Tumiskan bawang merah and bawang putih sampai wangi, then masukkan ikan yang dah dicarik-carik. Kacau sebati, kemudian masukkan sayuran, kacau sebati. Then masukkan nasik dan lada hitam. Masak macam masak nasi goreng :P. Akhir sekali boleh di masukkan grated cheese before dihidangkan.


Saturday, June 15, 2013

Couscous with salmon and Vege

Hari ni hari Sabtu and sekolah mak ada sekolah ganti and ikut jadual hari Isnin..So bila ikut jadual Isnin balik 1.15pm. So macam penat sikit la, so mood memasak pun ke laut. Untuk lunch Mirza pagi-pagi tadi mdah masak Nasi Ayam and Steam Vege je, so tinggal la dia dengan Abi. Sebabkan mood memasak pun ke laut, untuk dinner Mirza hari ni mak buat yang simple simple je, main campak semua dalam satu periuk then rebus sampai masak. Sorry Mirza, mummy malas hehe..



Couscous with Salmon and Vege (10 months and above)

1 or 2 tablespoon of couscous
chicken stock click here for recipe
tomato sauce click here for recipe
Pumpkin or Butternut squash
Broccoli
Cauliflower
Salmon (mak guna Salmon belly sebab sedap sikit untuk Mirza sayang)



ni la dia rupanya couscous

1. Masukkan chicken stock, tomato sauce, sayuran dan ikan dalam periuk.




2. Rebus semua sampai sayur empuk, then tutup api terus masukkan couscous dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 10mins.


 



3. Bila dah 10minit, couscous tersebut akan kembang gebu, gaul-gaulkan. Nak parutkan cheese pun boleh. Tapi disebabkan my DS ada kahak, mak tak letak cheese. 




ps: Nak letak sayur lain pun ok, ikut preference masing masing.