Thursday, June 13, 2013

Cooking Utensils @ Peralatan yang perlu ada (tapi tak wajib ada :D)

First of all, sebelum kita start apa apa pun, kita perlu ada bahan-bahan dan alatan kan. Memasak untuk anak lebih kurang sama je bahan atau alatan yang digunakan. Ini adalah alatan yang saya gunakan untuk memasak untuk anak saya masa mula-mula introduce makanan.

1. Yang penting and utama, mesti ada periuk. :D  Periuk biasa je kalau nak guna untuk steam buah/sayur untuk dijadikan puree. Bila anak dah boleh makan bubur, boleh invest in slow cooker or periuk nasi pelbagai guna.Ada jugak pressure cooker untuk masak bubur contoh terdekat Mak saya hehe. Masak kanji (orang utara panggil bubur lambuk, kanji) guna pressure cooker. Sekejap je masak.

pressure cooker or multipurpose rice cooker boleh guna masak bubur

2.  Periuk Steam. Kalau dah ada ok la boleh guna, kalau takde tak perlu beli. Kalau ada budget nak beli, ok jugak sebab boleh guna untuk steam makanan kita jugak kan. Kalau yang kurang budget macam saya, boleh try guna steamer rack. I bought mine from IKEA, kat jusco/sogo ada. Kalau susah nak cari takde masalah, boleh guna sieve@penapis. Tapi kena pastikan periuk dalam and air yang kita letak tu tak la kena makanan.

periuk + steamer rack yang saya gunakan

3. Blender / Handblender / Sieve. Kalau ada budget lebih boleh beli blender khas untuk makanan baby contohnya macam  Avent Combined Steamer and Blender, Little Bean Supertrio Food Processor (steamer, blender and warmer), and baby bullet ke. Kalau macam saya, kekurangan budget and kurang space untuk storage, saya guna handblender and blender biasa je, itu pon kalau buat stock, if buat puree on daily basis, saya guna sieve saje. Senang. Blender ni gunanya untuk haluskan makanan untuk baby, untuk memudahkan baby untuk hadam makanan. Dekat kedai baby ada jugak jual set baby food processor yang manual. contoh macam yang set anakku. 

Blender and hand blender yang saya guna.

4. Pinggan, Mangkuk, Spoon and Sippy Cup untuk baby. Yang ni terpulang la kepada ibu bapa masing-masing. Kalau beli yang plastic, kalau boleh makesure guna yang BPA free. Kalau nak guna yang kaca pon boleh, guna correlle yang kurang risiko pecah. Ataupun boleh guna stainless steel. If nak cuba Baby Led Weaning, boleh beli food feeder. Food feeder ni ada dua jenis, satu yang jenis silicone satu lagi yang net. I prefer the silicone one sebab senang nak cuci. I bought kidsme food feeder, senang ajar anak makan buah sendiri. My DS loved it so much. Apa pun ikut keperluan and budget masing-masing. Bila anak dah mula makan, elok ajar anak minum air masak guna sippy cup, (one of the milestone jugak nanti). Sippy cup ada banyak jenis, try la satu-satu ikut yang mana yang anak suka. Kalau macam anak saya. berbelas jugak sippy cup saya beli sampai nak jumpa yang dia nak minum. Sekarang saya dah ajar guna straw. So guna yang sippy cup berstraw. Tak lama lagi nak ajar pakai cawan pulak.

5. Storage cups or ice cube tray or any bekas yang boleh kita gunakan untuk simpan makanan (frozen). Ada banyak pilihan jugak, kalau plastic makesure it's BPA free. 
Storage cups yang saya guna, Avent. and Tupperware.

6. Termos. Amat penting untuk saya. Saya guna untuk isi bekal untuk hantar ke nursery and jugak bawak bekal bila outing. Saya ada dua. Satu yang bertingkat-tingkat and satu yang sebekas je. Saya spend banyak jugak untuk termos ni sebab fikir nak pakai and tahan lama. 
Termos yang saya guna untuk bekal my DS ke nursery. 

Saya rasa ni je kot peralatan yang perlu ada kalau nak memasak. Beli la ikut keperluan and storage dapur kita he he he. Happy cooking dear mothers.

No comments:

Post a Comment