Saturday, June 15, 2013

Penawar Semulajadi @ Home Remedies

Assalamualaikum and Hi dear readers.

Cuaca sekarang di Pasir Gudang, panas la sangat-sangat. Dah berapa hari rasanya tak rasa angin yang sepoi sepoi bahasa. Pokok pon tak nampak goyang, hopefully by the time bulan Ramadhan nanti, cuaca akan beransur sejuk la. Kalau tak mau perit tekak mak nak jerit-jerit dalam kelas hehe.

Disebabkan cuaca yang tak berapa memberangsangkan ini, my DS (dear son) dah start batuk and ada selsema sikit. So as a mother, I will try my best untuk pulihkan anak kesayanganku ini. As we all know, untuk anak-anak bawah 2tahun, ubatan yang biasa di klinik tu tak berapa digalakkan especially utk batuk2 or demam biasa. So most of the time, kalau anak saya kurang sihat, saya akan cuba menggunakan home remedies. Ini untuk sakit sakit biasa je tau, kalau sakit yang teruk elok la berjumpa dengan pakar perubatan pilihan anda.

Ok, sekiranya my DS diserang batuk, selsema dan berkahak, saya akan buka kitab2 usaya hehe. This is one chart yang saya rasa kita perlu tahu dan ingat untuk mengawal sakit. Sekiranya anak berkahak, seeloknya kita cuba kurangkan ataupun hentikan makanan yang membuat kahak semakin banyak. Stop foods that create mucus baru lah kita cuba merawat kahak yang ada itu. Dan banyakkan makan makanan yang boleh menghilangkan kahak. So bila masa anak kurang sihat dan berkahak saya akan banyakkan bawang, bawang putih dan halia dalam makanannya. A reminder, citrus fruits (grapefruit, limes, oranges, pineapples) adalah sesuai untuk 1 tahun dan ke atas kerana buahan tersebut bersifat tinggi asid. Kahak dari badan boleh dikeluarkan dengan 3 cara iaitu melalui muntah, najis dan hingus.


Selain dari menjaga pemakanan, ada juga cara lain jugak untuk merawat anak yang batuk bekahak dan selsema. Kita juga boleh buat teknik steam dan percussion untuk keluarkan kahak kahak yang degil tu. Boleh rujuk blog http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html untuk cara melakukanya. Personally I never tried it on Mirza (my DS) sebab dia belum pernah kena kahak yang teruk. Selalunya if I gave him 5ml of PEVOO (Palestine Extra Virgin Olive Oil) dia akan muntahkan kahak and poo the kahak out. You can get the PEVOO from this lovely sister https://www.facebook.com/munirah.syedabubakar .Selain dari itu, saya jugak akan saya sapu garlic oil di dada, belakang dan tapak kaki.(bakar bawah putih dekat dapur gas, then tumbuk atau lenyek then campurkan minyak, paling elok campuran minyak zaiton + minyak kelapa) kalau kurang berkesempatan atau kurang rajin macam saya heheh boleh guna garlic oil yang beli kat pharmacy, contoh paling senang yang jenama blackmores.

Kahak dan batuk jugak boleh dirawat dengan mengguna madu, jus delima atau mengamalkan makanan panas atau sejuk. Macam mana nak tau kita nak kena makan panas atau sejuk?? Kita boleh kenal keadaan badan kita melalui warna kahak. Sekiranya kahak bersifat jernih, maksudnya badan kita sejuk, so kita perlu seimbangkan sejuk dalam badan dengan mengamalkan makanan bersifat panas, contohnya madu, jus delima ( saya akan cuba buat satu post khas mengenainya). Sekiranya kahak pekat/kuning/hijau ini menunjukkan badan kita panas, oleh itu untuk seimbangkan badan kita, kita perlu makan makanan yang bersifat sejuk. Saya sertakan sekali chart berkaitan makanan sejuk dan panas

                                       credit to : https://www.facebook.com/groups/kesihatanbaby/  

Selalunya dengan menggunakan natural remedies macam ni, it will take around 3-4 days untuk anak sihat sepenuhnya, ia bergantung juga dengan kekuatan antibody anak. Sekiranya anak minum susu ibu, lagi la bagus :). Apa yang penting, bila kurang sihat, pastikan kebersihan dijaga, dan kawal pemakanan. Insha Allah semuanya akan kembali OK.

2 comments:

  1. 3 to 4 days its too long time..better hospitalized..more shorter time.

    ReplyDelete
  2. 3 to 4 days its too long time..better hospitalized..more shorter time.

    ReplyDelete