1. Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Boleh rujuk carta ni :
(credit to hssfyb fb page)
2. Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.
3. Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.
4. Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?

Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.
5. Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.
6. Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.
7. Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.
8. Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri : Buah yang sudah lembik seperti pisang masak, avokado masak terus blend dan tapis. Buah atau sayur yang agak kasar/keras perlu steam, blend dan tapis.
Boleh baca sini mengenai cara membuat puree --> All About Puree
9. Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.
10. Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.
11. Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.
12. Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.
13. Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak.
Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.
14. Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
-Namun, jika anak berselera makan, sihat, aktif, cerdas dan cergas tapi berat badan masih tidak naik, tidak perlu risau. Berikan terus makanan berkhasiat dan seimbang, ambil vitamin daripada makanan semulajadi sahaja, tidak perlu vitamin sintetik.
15. Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
16. Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http:// rendambijirin.blogspot.com/

http://
17. Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, pengawet, perasa tiruan sudah tidak berkhasiat.
18. Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?
Boleh baca sini -->Macam mana nak buat egg test untuk baby
19. Boleh beri Ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.
20. Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.
21. Kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah..
Menurut pakar pemakanan, buah pinggang anak belum mampu memproses kandungan mineral dalam gula dan garam (buah pinggang belum matang, jika anda beri juga, buah pinggang anak perlu bekerja keras memprosesnya dan boleh membahayakan kesihatan samada kesan jangka panjang atau pendek.
-Setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.
Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.
Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis, terutama nasi panas.
22. Anak sudah 6 bulan, diberi puri, tapi menangis mahu lagi seperti lapar.
Berikan susu. Umur 6 bulan diberi makan untuk memperkenalkan sahaja bukan untuk betul-betul kenyang. Susu ibu masih paling penting sebagai makanan.
Nota daripada Hasnita Shaari :
Beri anak 6 bulan makan bukan untuk kenyang ya puan-puan. Susu ibu tetap sumber kenyang dan nutrien yang utama bagi anak bawah 1 tahun. Makanan diperkenalkan pada usia 6 bulan adalah untuk pengenalan. Untuk ajar benda baru. Jadi tak kenyang pun tidak apa. Kalau anak kenyang makan, kurang menyusu sedangkan anak bawah 1 tahun memerlukan susu ibu untuk membesar dan membina sistem imun badan.
Kemudian, bila perkenal makanan, beri yang berkhasiat. Jadi walaupun anak makan sedikit, dia masih menerima khasiat yang maksimum. Nasi, kentang adalah sumber karbo kosong. Tidak banyak khasiatnya. Apatah lagi air nasi. Maka sebab itu disarankan puri buah/sayur terlebih dahulu supaya perut anak tidak terbeban dengan makanan yang berat untuk diproses.
Sunnah Nabi pun sebelum makan makanan berat, elok makan buah dahulu untuk memudahkan pelawasan. Pendekatan yang sama kepada anak. Buah dahulu, sayur. Kemudian baru perkenal yang lebih berat seperti bubur nasi yang dikisar, oats, bijirin lain. Kemudian baru protein sebab protein lebih sukar dihadam. Sebab itu diperkenalkan agak lewat.
Step by step. 4 day rule.
Lepas ini saya mohon sangat tiada lagi yang beri saranan air nasi dan seumpamanya untuk anak yang baru mahu mula solid. Mahu beri pada anak sendiri, terpulang tapi usahlah mencadangkan kepada anak orang lain. Anak kita semua tidak sama. Apa yang anak kita makan ok, tidak semestinya ok pada anak orang lain. .
23. Selalunya sekali mkn puri tu agak2 banyak mana?
2,3 auns sekali makan dulu. Tambah kuantiti dari masa ke semasa.
24. Oats yang direndam kena masak terus semua atau boleh disimpan selebihnya? Dan jika sudah di masak boleh tak simpan dalam freezer dan berapa lama boleh tahan? Apakah sama seperti puri lain?Saya tak pernah simpan. Saya buat untuk sekali makan. Kalau untuk breakfast, saya rendam malam, esoknya bilas dan masak. Kalau untuk dinner, saya rendam pagi. Tapi puan boleh cuba kalau mahu simpan di freezer.
25. Orang kata labu, keledek angin. Bolehkah beri anak makan?Ikut anak. Macam kita juga. Ada yang bila makan labu, kobis, angin. Ada yang elok boleh terima, tak angin. Macam tu juga dengan anak. Nak elak dari angin, masa kukus/rebus, letak halia muda sikit. Bila kisar, buang halia tu. Tak cuba tak tau. Jangan terlalu paranoid hingga semuanya takut untuk dicuba.
26. Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.
27. Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
- Kurma atau kismis hitam elok beri umur 7 bulan ke atas kerana buah ini telah dikeringkan dan rasanya agak manis, lambatkan sikit pemberiannya bagi mengelakkan anak terbiasa dengan rasa manis sahaja, kecuali jika anda mampu cari kurma yang fresh
Isu buah kering yang bewarna warni :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
28. Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
- Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.
Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.
Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.
29. Anak sudah 8 bulan. Menu apa lagi yang boleh diberi kepada anak?
- Puan Sarah Aliesa Shaharudin menjawab
Sudah boleh intro lebih sikit grains seperti millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta. Sayuran seperti capsicum, cendawan, sayur daun hijau(kecuali bayam), beetroot. Protein seperti ayam, daging dan kuning telur. Sudah boleh mula menumis, tambah sedikit rempah, santan. Jangan lupa 4 days rules. Rempah pun kena intro satu- persatu untuk 4 hari.
30. Bila anak sudah boleh diberi finger foods?
Setelah habis intro puri dan setelah anak sudah ada kebolehan mengunyah dengan baik, mulakan beri finger foods yang lembik, mudah dikunyah dengan gusi anak serta tidak mengakibatkan tercekik, kemudian baru kepada yang lebih keras.
31. Perlu beri anak minum sebelum, selepas atau semasa makan? Orang dulu2 lepas suap anak makan mesti suap air juga. Bolehkah begitu?Salah satu sebab orang dulu beri air selepas setiap kali suap adalah untuk 'memaksa' makanan masuk ke dalam perut dengan mudah. Pandangan saya, itu seperti memaksa anak makan. Jadi dia tak menggunakan fungsi lidah/mulut untuk menolak makan masuk ke dalam tekak dan tekak tidak berfungsi untuk belajar menelan makanan. Sebab itu saya cadangkan beri minum sebelum dan selepas makan (ikut sunnah). Air hanya diberi jika anak tercekik.
*DILARANG KERAS SHARE INFO INI UNTUK TUJUAN KOMERSIL ATAU MEMPROMOSIKAN PENJUALAN BARANGAN ATAU PRODUK SUPPLEMENT ANDA..SILA PASTIKAN PERKONGSIAN DI WALL ANDA HANYA UNTUK MENYEBARKAN MAKLUMAT / ILMU SAHAJA. BUKAN UNTUK ANDA MEMPROMOSIKAN PRODUK, VITAMIN SINTETIK ATAU SUPPLEMENT YANG SUDAH TERPROSES MENJADI SERBUK (SHAKLEE TERUTAMANYA), FAN PAGE INI HANYA UNTUK MEMPROMOSIKAN MAKANAN SEMULAJADI YANG SEBENAR 'REAL FOODS'. BUAT PENIAGA, SILA JANGAN AMBIL KESEMPATAN, SILA BUAT RESEARCH SENDIRI, UNTUK BUAT PROMOSI-Admin
Credit to : https://www.facebook.com/HSFFYB ( Terima kasih admin anda semua banyak memberi ilmu kepada saya)
No comments:
Post a Comment