Thursday, June 20, 2013

Macam mana nak buat Egg Test untuk babies

Ujian telur adalah penting, sebab ada anak-anak yang allergic pada telur yang sampai boleh bengkak-bengkak badan dan sesak nafas. Risau kan. Kalau risau perlu la kita buat ujian telur untuk memastikan anak kita tidak allergic pada telur. Kalau allergic pada telur banyak makanan tak boleh makan, so untuk elak dari allergic reaction tersebut, kita perlu peka dengan ingredients makanan tersebut. Ujian telur tak sama dengan 4 days rule. 


Updated cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)
kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.


- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nak intro:


Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja


Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja


Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur


Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya


Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu


credit to: HSSFYB

No comments:

Post a Comment